awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP Terengganu kesan ketidakpatuhan peraturan dalam pembinaan resort di Pulau Perhentian

Bernama
Bernama
16/11/2023
08:57 MYT
JKKP Terengganu kesan ketidakpatuhan peraturan dalam pembinaan resort di Pulau Perhentian
Struktur pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian runtuh pada 10 November lepas, mengakibatkan dua pekerja maut. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu mendapati berlaku pelanggaran dan ketidakpatuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berhubung pembinaan sebuah resort di Pulau Perhentian, yang runtuh pada 10 Nov lepas, mengakibatkan dua pekerja maut.
"Kita tidak tahu lagi punca sebenar kejadian, mungkin struktur bangunan atau tanah runtuh... (tanah) bergerak," kata Pengarah JKKP Terengganu Mohd Zahari Hitam.
Beliau berkata pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga sedang jalankan kajian lebih terperinci berhubung kejadian itu dan tindakan susulan akan diambil sekiranya ada pelanggaran peraturan tertentu yang dikesan.
Bercakap kepada media selepas Seminar Kesihatan Pekerja Zon Pantai Timur 2023, di sini hari ini beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali terhadap pihak yang cuai dan mengabaikan keselamatan pekerja sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian.
Sementara itu Mohd Zahari berkata sembilan kes kematian di tempat kerja dilaporkan di Terengganu bagi tempoh Januari hingga 15 Nov 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembinaan resort
#resort runtuh
#Pulau Perhentian
#jkkp terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan