BAGAN DATUK:Raja Gelek Malaysia, Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini bagi meringankan beban penyanyi veteran itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Wan Norashikin Wan Noordin berkata kerajaan negeri melalui JKM berjaya mempercepatkan kelulusan bantuan bulanan tersebut yang akan diterima mulai 25 Okt ini.
“Diharapkan bantuan bulanan ini dapat meringankan beban beliau (M Daud Kilau) untuk menampung kos kehidupan harian,” katanya ketika ditemui di kediaman M Daud Kilau di Kampung Sungai Balai Baruh di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin.
M Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Sirih Pinang dan Cek Mek Molek ketika ditemui bersyukur kerana menerima bantuan bulanan tersebut dan mengakui ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban terutama dari sudut kewangan.
“Dengan bantuan tersebut, dapatlah membantu saya untuk membayar bil api dan air. Tambahan pula saya kadang-kala membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Bagan Datuk.
“Jadi memang banyak duit nak guna. Alhamdulillah, memang ramai yang tampil membantu termasuk dari Persatuan Artis Malaysia,” katanya.
M Daud Kilau yang cukup sinonim dengan busana labuci dan warna warni kini hanya menghabiskan masa di rumah berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot kerana menghidap kencing manis, sakit pinggang dan keadaan jantung tidak stabil sejak 2016.
“Saya dah menyanyi hampir 50 tahun, kalau hayat masih dikandung badan untuk saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Kalau tak boleh, tak mengapa," katanya yang tinggal bersama isteri Datin Rohani Awang Ngah, 62, dan seorang anak lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020

M Daud Kilau yang cukup sinonim dengan busana labuci dan warna warni kini hanya menghabiskan masa di rumah berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot.

AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Agenda AWANI: Sisa makanan meningkat, elak pembaziran
Sisa makanan dijangka meningkat daripada kira-kira 17,000 tan metrik sehari pada bulan biasa kepada lebih 19,000 tan metrik sehari dalam bulan Ramadan. Bagaimana ini boleh dielakkan?

Agenda AWANI: Kelestarian Air | Apa 'plan' Air Selangor?
Air Selangor merupakan penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada 9.1 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sejauh mana Air Selangor boleh terus memainkan peranannya bagi memastikan kelestarian ekosistem air pada masa akan datang?

Tular M Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Isteri
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.

"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal
Menurut anak kepada M Daud Kilau, bapa yang alami sesak nafas sejak petang semalam disahkan mempunyai masalah paru-paru berair.

M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas
Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.

"Rindu itu masih ada..." - M Daud Kilau akur andai tiada lagi rezekinya kembali menyanyi
Selepas lebih lima tahun berehat kerana memberi tumpuan pada masalah kesihatan, M Daud Kilau mengakui, rindu untuk kembali menyanyi.

"Syukur Allah masih beri peluang saya hidup lagi" - M Daud Kilau
M Daud Kilau berterima kasih kepada Allah kerana masih sayangkan beliau lagi dengan memberi peluang untuk terus bernafas.

Datuk M. Daud Kilau lemah tapi stabil - Isteri
Isterinya, Datin Rohani Awang Ngah ketika dihubungi memaklumkan bahawa M. Daud Kilau kini dalam keadaan lemah namun stabil.

Penyanyi M. Daud Kilau dikejarkan ke hospital selepas alami sesak nafas
Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dikejarkan ke Hospital Teluk Intan di sini selepas mengalami kesesakan nafas.

JKM beri bantuan kewangan bulanan kepada Raja Gelek
Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini.

KKMM sedia bantu M Daud Kilau - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menghulurkan bantuan sewajarnya yang diperlukan oleh penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau.