Skip to main content

Malaysia

JKM cari ibu kandung bayi ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya

71752368152_bayi.jpg
Bayi itu kini berada di tempat selamat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara mencari warisnya. - Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Seberang Perai Tengah (SPT) sedang mengesan ibu kandung atau waris bagi seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 16 Mei tahun lepas.

Pelindung Kanak-Kanak PKMD SPT Siti Nur Fazlina Md Daud berkata ibu kandung bayi itu yang dikenali sebagai Dita Ledia, yang juga warga Indonesia telah menghilangkan diri dalam membantu urusan perbincangan kebajikan bayi berkenaan.

Advertisement

“Bayi itu kini berada di tempat selamat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sementara mencari warisnya dan mangsa telah diselamatkan oleh JKM di bawah Akta Kanak-Kanak 2021. 

“Hasil dapatan mendapati bayi itu tidak memiliki sijil kelahiran memandangkan ibu kandung tidak pernah mendaftarkan kelahiran kanak-kanak di Jabatan Pendaftaran Negara dan kami telah cuba menghubungi wanita itu namun gagal memandangkan ibu tidak mempunyai alamat yang sah serta nombor telefon yang dilampirkan tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata permohonan Pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media dan waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak itu boleh menghubungi beliau di talian 04-538 2584.

-- BERNAMA

 

 

 

TAG: PKMD SPT, bayi, ibu kandung, ditinggalkan, HSJ

 

 

Must Watch Video