awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah

Bernama
Bernama
19/01/2025
05:15 MYT
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Kanak-kanak itu diserahkan kepada Pejabat JKM Daerah Kota Setar oleh penjaga sementaranya setelah ditinggalkan ibu kandung. - Foto FB Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar
ALOR SETAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah yang berusia setahun tiga bulan.
JKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian ibu kandung itu telah diserahkan kepada Pejabat JKM Daerah Kota Setar oleh seorang individu yang juga penjaga sementara setelah ditinggalkan ibu kandungnya pada 28 April tahun lepas.
"Ibu kandung kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Mahiran Abdul Latiff telah meninggalkan anaknya kepada seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya sebelum menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan sehingga kini.
"Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Alor Setar telah mengeluarkan Perintah Jagaan Sementara di bawah Subseksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan) 2016 dengan menempatkan kanak-kanak itu di bawah jagaan Tempat Selamat, Taman Sinar Harapan di Jitra," katanya.
Kanak-kanak itu diletakkan di tempat berkenaan sebelum Pelindung JKM memohon perintah interim semasa tempoh penangguhan kes di bawah Subseksyen 30(7) akta yang sama pada 3 Okt dengan meletakkan kanak-kanak itu ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan orang yang layak dan sesuai (OYLS).
Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak itu adalah bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak berkenaan yang akan ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung atau waris kanak-kanak itu diminta untuk menghubungi Pelindung JKM Kota Setar ditalian 04-7202370," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#cari ibu kandung
#Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
#Alor Setar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan