awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM cari waris bayi lelaki ditinggal ibu kandung

Sinar Harian
Sinar Harian
14/07/2022
22:00 MYT
JKM cari waris bayi lelaki ditinggal ibu kandung
Bayi lelaki yang ditinggalkan oleh ibunya di Hospital Seberang Jaya. -Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris bayi lelaki berusia tiga bulan yang menjadi mangsa pengabaian ibu kandungnya.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah, Mohd Noor Ahmad berkata, bayi itu ditinggalkan ibu kandungnya selepas dilahirkan pada 23 Mac lalu di Hospital Seberang Jaya.
Menurutnya, ibu kandung bayi itu yang dikenali sebagai Anggitha Dwinandha merupakan warga Indonesia telah meninggalkan anaknya di Hospital Seberang Jaya mulai pertengahan April dan usaha menjejaki Anggitha Dwinandha gagal.
"Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan pramatang dan dirujuk oleh pihak Hospital Seberang Jaya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Tengah pada 9 Mei lalu," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak daerah Seberang Perai Tengah, Mohd Noor di talian 04-538 2584. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#waris bayi lelaki
#ditinggal ibu kandung
#Anggitha Dwinandha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan