awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM Perak beri kaunseling kepada murid didenda makan rumput

Bernama
Bernama
26/01/2014
23:36 MYT
JKM Perak beri kaunseling kepada murid didenda makan rumput
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Perak, Ahad, memberi kaunseling kepada dua murid Tahun Empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng di Sungkai di sini yang didenda memakan rumput kerana gagal menyiapkan tugasan kerja rumah Khamis lepas.
Pengarahnya Datuk Chong Phaik Kee berkata dalam lawatan ke rumah kedua-dua murid berkenaan pada pagi Ahad, pegawai JKM telah memberi kata-kata perangsang supaya dapat bantu mengembalikan semula semangat mereka pergi ke sekolah, Isnin.
"Walaupun kita mendapati mereka berada dalam keadaan sedikit trauma namun mereka akan kembali ke sekolah Isnin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata kedua-duanya menjamah makanan dan bermain seperti biasa.
Bagaimanapun, mereka mengalami sedikit kerisauan mengenai keadaan di sekolah Isnin.
Selain itu katanya, kedua-dua murid tersebut turut menyuarakan kebimbangan dan malu sekiranya mereka menerima ejekan daripada rakan sekolah.
Chong berkata bagaimanapun pegawainya akan terus memberi perangsang dan kaunseling kepada kedua-dua murid berkenaan termasuk keluarga mereka.
Semalam, dua ibu murid berkenaan menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan cara guru lelaki berkenaan mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah mata pelajaran bahasa Inggeris itu.
Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengepin loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu' dalam kejadian pada pukul 9 pagi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam kenyataannya di Betong, Sarawak mengesahkan pegawai JKM telah berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.
Topic Berkaitan
#guru
#rumput
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan