awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang haba di Victoria, Australia pecah rekod suhu
Hampir 3,000 kebakaran terbuka dilaporkan sejak awal tahun - Bomba
Jumlah perdagangan Malaysia diunjur tumbuh tiga hingga lima peratus pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKN Kedah rampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta

Bernama
Bernama
27/01/2026
12:45 MYT
JKN Kedah rampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dalam pemeriksaan terhadap 11 premis di sekitar negeri ini, semalam. - Foto KKM/Sinar harian
ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah merampas produk kesihatan tidak berdaftar bernilai RM13.4 juta dalam pemeriksaan terhadap 11 premis di sekitar negeri ini, semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor'Aishah Abu Bakar berkata tindakan itu diambil ke atas produk yang disyaki mengandungi racun berjadual yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952.
"Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 227 produk telah dirampas dengan nilai rampasan berjumlah RM13.4 juta. Produk-produk berkenaan merupakan ubat tradisional Cina keluaran tempatan yang mengandungi bahan terlarang seperti steroid, allopurinol dan bahan lain yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.
"Turut dirampas, tiga peranti digital dan tiga mesin pengilangan. Kesalahan ini telah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu adalah sebahagian usaha berterusan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Kedah dalam membanteras penjualan dan pengedaran produk kesihatan yang tidak sah di pasaran Malaysia.
"Tindakan ini merupakan satu bentuk intervensi kesihatan awam yang kritikal dalam usaha melindungi rakyat daripada risiko kesihatan serius akibat penggunaan produk kesihatan yang tidak sah, tidak berkualiti dan berbahaya.
"Peniaga, pengedar dan penyedia platform e-dagang diingatkan supaya memastikan produk kesihatan yang berdaftar dan pelekat keselamatan hologram sahaja dikendalikan. Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status pendaftaran produk kesihatan melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my," katanya.
Katanya orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat atau aduan berhubung penjualan ubat-ubatan serta produk kesihatan yang meragukan di talian 03-78413200 atau mana-mana CPF berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKN Kedah
#rampas produk tidak berdaftar
#produk kesihatan
#Jabatan Kesihatan Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan