ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang menyiasat punca sebenar berhubung isu penundaan pembedahan seorang pesakit di Hospital Kulim, baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo berkata siasatan itu sebagai tindakan segera susulan hantaran 'isu Hospital Kulim memang makin menjadi-jadi sekarang' oleh seorang individu yang tular di media sosial, semalam.
"Isu ini melibatkan penundaan pembedahan pesakit sebanyak tiga kali di Hospital Kulim dan siasatan awal mendapati aduan adalah mengenai seorang pesakit lelaki yang mengalami masalah ketulan (lump) di bahagian bahu.
"Nama pesakit telah dimasukkan dalam senarai pembedahan elektif tetapi ditunda beberapa kali bagi memberi laluan kepada pembedahan kes-kes yang memerlukan pembedahan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Othman berkata pihak pengurusan hospital telah menghubungi pengadu melalui panggilan telefon dan menerangkan situasi sebenar.
"Pihak pengadu telah menerima penjelasan dengan baik dan seterusnya bersetuju untuk memadamkan hantaran berkenaan dan JKN Kedah juga mengakui kesulitan dihadapi oleh pesakit akibat penundaan pembedahan itu dan memohon maaf kepada pesakit dan keluarga," katanya.
Dr Othman berkata JKN Kedah dan Hospital Kulim sedang meneruskan siasatan dan akan mengambil tindakan penambahbaikan yang berkesan agar isu seumpama itu tidak berulang dan proses kerja janji temu bagi pembedahan menjadi lebih lengkap serta mesra pelanggan.
Beliau berkata Hospital Kulim adalah sebuah Hospital Berpakar Major mempunyai tiga bilik bedah dan dalam tempoh pemulihan perkhidmatan sekarang, kes-kes yang memerlukan pembedahan segera dan kecemasan akan diberi keutamaan.
"Kes-kes yang memerlukan pembedahan segera dan kecemasan yang tertangguh dalam tempoh pandemik COVID-19 lalu akan diberi keutamaan berbanding kes-kes lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Othman berkata berkata siasatan itu sebagai tindakan segera susulan hantaran 'isu Hospital Kulim memang makin menjadi-jadi sekarang' oleh seorang individu yang tular di media sosial, semalam.- Gambar fail/Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
JKN Kedah siasat isu penundaan pembedahan pesakit di Hospital Kulim
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang menyiasat punca sebenar berhubung isu penundaan pembedahan seorang pesakit di Hospital Kulim, baru-baru ini.