awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal

Bernama
Bernama
11/06/2023
11:41 MYT
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Zaini berkata setakat ini pihaknya dalam proses untuk mengumpul maklumat dan mendaftar mereka yang layak menerima suntikan itu menerusi inisiatif CHUP. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata setakat ini pihaknya dalam proses untuk mengumpul maklumat dan mendaftar mereka yang layak menerima suntikan itu menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP).
Beliau berkata setakat ini hanya jajahan Pasir Mas sahaja telah memulakan suntikan vaksin berkenaan, membabitkan 28 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2018, dan 19 kanak-kanak lagi lahir pada tahun 2019.
"Kita masih melakukan pengumpulan maklumat bagi jajahan lain juga dari segi pemberian tarikh janji temu sama ada menerusi panggilan telefon atau boleh hadir terus ke klinik kesihatan kerajaan.
"Selain itu, pemberian janji temu juga dapat diberikan sewaktu anggota kesihatan menjalankan aktiviti lawatan ke rumah, malah ibu bapa juga boleh mendapatkan slot janji temu menerusi aplikasi MySejahtera," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kelantan Sihat 2023 peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.
Bulan lepas Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata mulai bulan ini hingga 31 Mei tahun depan, kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pneumokokal
#JKNK
#Kanak-kanak
#suntikan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan