awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKNS tidak kompromi doktor perubatan didakwa cabul pesakit wanita

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
31/12/2022
04:46 MYT
JKNS tidak kompromi doktor perubatan didakwa cabul pesakit wanita
Dr Ooi Choo Huck menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
Kuching: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memandang serius dakwaan seorang doktor bertugas yang mencabul pesakit ketika menerima rawatan di salah satu fasiliti kesihatan di Kuching Khamis lalu.
Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck menegaskan pihaknya juga tidak akan berkompromi dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"JKNS amat memandang serius ke atas dakwaan yang menyentuh mengenai kod etika profesional seorang Pengamal Perubatan dan juga sebagai penjawat awam.
“Adalah dimaklumkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu Dr Ooi menegaskan JKNS sentiasa menitik berat keselamatan pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti kesihatan di Sarawak, dan berharap agar kejadian ini tidak menjejaskan penerimaan perkhidmatan rawatan dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu Polis Kuching menahan seorang doktor perubatan berusia 28 tahun bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencabul pesakit wanita di sebuah institusi perubatan awam.
Topic Berkaitan
#cabul pesakit
#Kesihatan Sarawak
#Kuching
#Dr Ooi Choo Huck
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan