J-KOM perkukuh jalinan kerajaan, rakyat menerusi Program MADANI Rakyat

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terus mempergiat peranannya dalam usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat menerusi penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR). - BERNAMA
JASIN: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) terus mempergiat peranannya dalam usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat menerusi penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR).
Ringkasan AI
- Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mempergiatkan Program MADANI Rakyat (PMR) sebagai usaha untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pelbagai program lapangan, termasuk PMR Komuniti Nelayan di Medan Ikan Bakar Serkam Pantai, Melaka.
- Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop, menyatakan bahawa melalui program tersebut, J-KOM bertindak sebagai jambatan komunikasi untuk memperkukuh kefahaman berasaskan fakta serta memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan kemudahan kerajaan secara langsung.
- Program jelajah PMR ini akan berlangsung hingga ke peringkat kebangsaan dan akan mencapai kemuncaknya pada 17 Oktober di Politeknik Merlimau dengan perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan seperti BUDI MADANI RON95 (BUDI95) difahami dengan jelas oleh rakyat, khususnya komuniti pesisir seperti nelayan.
"Melalui platform seperti ini, J-KOM berperanan sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, memperkukuh kefahaman berasaskan fakta bukan persepsi selain memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan pelbagai kemudahan serta perkhidmatan kerajaan secara terus," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini.
Terdahulu, majlis itu disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan.
Ismail berkata program berkenaan merupakan sebahagian daripada siri jelajah PMR peringkat kebangsaan dan kemuncak program pada 17 Okt ini di Politeknik Merlimau, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata J-KOM juga komited memastikan setiap dasar dan inisiatif kerajaan termasuk penyasaran subsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dapat difahami secara jelas oleh rakyat, terutama komuniti pesisir seperti nelayan yang menerima manfaat langsung daripada pelaksanaannya.
"Komunikasi strategik bersepadu antara agensi kerajaan turut memastikan mesej dan maklumat disampaikan kepada rakyat kekal konsisten dan tepat," katanya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan Zaidi turut menyampaikan beberapa Anugerah MADANI kepada individu dan kumpulan yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan komuniti pesisir.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan utama Program MADANI Rakyat (PMR) yang dianjurkan oleh J-KOM? A: Tujuan utama PMR adalah untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pelbagai program lapangan, termasuk PMR Komuniti Nelayan.
- Q: Siapakah yang bekerjasama dalam melaksanakan Program MADANI Rakyat (PMR) Komuniti Nelayan di Medan Ikan Bakar Serkam Pantai? A: Program PMR Komuniti Nelayan diadakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) JPM, JAPERUN Serkam, dan Jabatan Perikanan Melaka.
- Q: Apa peranan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dalam program lapangan seperti PMR Komuniti Nelayan? A: J-KOM berperanan sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, memperkukuh kefahaman berasaskan fakta bukan persepsi serta memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan kerajaan.
- Q: Apakah yang akan berlaku pada 17 Oktober nanti berhubung Program MADANI Rakyat (PMR)? A: Pada 17 Oktober, program PMR akan mencapai kemuncaknya di Politeknik Merlimau dengan perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Q: Mengapakah penting untuk memastikan mesej dan maklumat tentang dasar kerajaan, seperti penyasaran subsidi RON95 di bawah BUDI95, difahami secara jelas oleh masyarakat? A: Komunikasi strategik bersepadu antara agensi kerajaan memastikan mesej dan maklumat disampaikan kepada rakyat kekal konsisten dan tepat, terutama kepada komuniti pesisir seperti nelayan yang menerima manfaat langsung daripada pelaksanaan dasar tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

