awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah

Bernama
Bernama
11/04/2023
11:09 MYT
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Tan Sri Rais Yatim berkata syor itu hasil daripada dapatan penyata JKPK TIA mendapati wujud kekangan dalam pengurusan kes-kes rasuah apabila pihak SPRM tidak mempunyai bilangan pegawai mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah.
Pengerusi JKPK TIA Senator Tan Sri Rais Yatim berkata syor itu hasil daripada dapatan penyata JKPK TIA mendapati wujud kekangan dalam pengurusan kes-kes rasuah apabila pihak SPRM tidak mempunyai bilangan pegawai mencukupi dalam melaksana fungsi mereka sebagai badan pencegahan rasuah utama negara.
Dapatan itu juga mendedahkan hakim ditempatkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah tidak mempunyai peluang kemajuan kerjaya apabila mereka terpaksa dipindahkan keluar dari mahkamah berkenaan apabila dinaikkan pangkat atau gred, sedangkan kepakaran mereka masih diperlukan untuk menguruskan kes rasuah.
"Oleh itu, JKPK TIA mengesyorkan perkara berikut untuk diambil perhatian dan tindakan oleh pihak atasan yang berkenaan iaitu mengesyorkan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya mengkaji inisiatif baharu bagi mengatasi isu perjawatan di SPRM daripada kaedah tukar ganti kepada 'one-off' dan memantau pengisian perjawatan secara berkala dalam SPRM.
Mengesyorkan pihak kerajaan supaya mewujudkan peluang kenaikan pangkat kepada hakim di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan melaksana program perantis dalam Badan Kehakiman untuk memastikan pelan penggantian hakim pakar dalam menguruskan kes rasuah berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penyata berkenaan yang bertajuk Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Majlis Dewan Negara : Perjawatan Di Suruhanjaya Pencegahan Malaysia dan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dibentangkan di Dewan Negara pada 6 April lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKPK TIA
#SPRM
#Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
#Rais Yatim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan