awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR akan tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan elak projek 'sakit'

Bernama
Bernama
29/05/2023
04:35 MYT
JKR akan tapis kontraktor bina fasiliti kesihatan elak projek 'sakit'
Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan tapisan kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak projek 'sakit', kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. - Gambar fail BERNAMA
ALOR GAJAH: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan tapisan kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak projek 'sakit', kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Beliau berkata, ketika ini terdapat 166 projek yang berkaitan dengan pembinaan fasiliti kesihatan, namun 24 daripadanya mengalami kelewatan berikutan majoriti kontraktor tiada pengalaman dalam pembinaan kemudahan berkenaan.
"Daripada 24 kontraktor yang melaksanakan projek 'sakit' itu, 22 daripadanya dikesan tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan sedemikian, justeru langkah diambil JKR adalah membuat tapisan kontraktor selepas ini.
"Kontraktor yang akan terlibat dalam pembinaan fasiliti kesihatan mesti mempunyai pengalaman dalam pembinaan kemudahan itu selepas ini," katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kompetensi Kontraktor Kesihatan selama lima hari bermula hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) di Simpang Ampat, di sini.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, justeru pihaknya melaksanakan kursus kompetensi berkenaan agar kontraktor yang mahu terlibat dengan pembinaan fasiliti kesihatan mendapat pengetahuan sewajarnya sebelum terlibat dalam pembidaan tender projek berkaitan.
Beliau berkata, kursus berkenaan akan mengenal pasti kontraktor yang benar-benar layak untuk mengendalikan projek pembinaan fasiliti kesihatan bagi mengelak kerugian kepada kerajaan, pelanggan dan kontraktor itu sendiri.
"Bukan kita nak asing-asingkan kontraktor-kontraktor berkenaan tetapi pengalaman kita, kita alami masalah sedemikin rupa (kelewatan projek).
"Kursus ini dibuat supaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab bila ditawar projek, mereka boleh membuatnya dengan lancar dan tidak didenda," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kerja Raya
#tapis kontraktor
#projek sakit
#Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan