awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR siap naik taraf sistem CCTV SPRM bernilai RM6.5 juta

Bernama
Bernama
17/01/2026
20:15 MYT
JKR siap naik taraf sistem CCTV SPRM bernilai RM6.5 juta
Projek bernilai RM6.5 juta itu dilaksanakan di bawah kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan Ibu Pejabat SPRM (gambar) bagi meningkatkan kecekapan pemantauan serta menyokong tadbir urus organisasi yang lebih mantap. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Projek menaik taraf sistem kamera litar tertutup (CCTV) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini telah siap sepenuhnya pada 17 Dis lepas, sekali gus memperkukuh tahap keselamatan serta keupayaan pemantauan bersepadu di premis berkenaan.

Ringkasan AI
  • Projek menaik taraf sistem CCTV di Ibu Pejabat SPRM siap sepenuhnya pada 17 Dis lepas, memperkukuh keselamatan dan pemantauan premis dengan nilai RM6.5 juta.
  • Pemasangan 557 unit kamera Panasonic termasuk teknologi pengesanan wajah, pengesahan identiti, dan sistem pengurusan pelawat untuk pemantauan 24 jam sehari.
  • Kejayaan projek disebabkan komitmen kontraktor utama, Jejak Teknologi Sdn Bhd, dan kerjasama SPRM serta JKR dalam memperkukuh sistem keselamatan bangunan ibu pejabat.

Jurutera Awam Penguasa Kanan yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Putrajaya Adilah Muniyati Johari berkata projek bernilai RM6.5 juta itu dilaksanakan di bawah kontrak Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan Ibu Pejabat SPRM bagi meningkatkan kecekapan pemantauan serta menyokong tadbir urus organisasi yang lebih mantap.
"Kepercayaan yang diberikan SPRM kepada JKR sebagai agensi teknikal merupakan satu amanah besar, dengan penekanan diberikan kepada pembinaan sistem keselamatan yang lebih stabil, bersepadu dan berkesan.
"Projek bermula pada 29 Mei 2025 ini melibatkan pemasangan 557 unit kamera jenama Panasonic di seluruh bangunan Ibu Pejabat SPRM," katanya dalam kenyataan semalam.
Adilah Muniyati berkata pemasangan tersebut merangkumi kamera jenis peluru, pusing-condong-zum, kubah dan pelbagai sensor berteknologi tinggi.
"Selain pemasangan kamera, kerja naik taraf turut melibatkan pembaharuan pelayan P1 serta sistem pengurusan pelawat bagi menjamin kestabilan pemantauan 24 jam sehari," katanya.
Beliau berkata sistem CCTV berkenaan turut dilengkapi teknologi pengesanan wajah dan pengesahan identiti, selaras dengan perancangan serta pelan strategik SPRM.
Adilah Muniyati berkata penggunaan teknologi itu membolehkan kawalan keselamatan serta dokumentasi keluar masuk kakitangan dan pelawat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Menurut beliau kejayaan projek itu hasil komitmen kontraktor utama, Jejak Teknologi Sdn Bhd serta pemantauan konsisten di tapak projek bagi memastikan pelaksanaan mengikut tempoh, kualiti dan kos yang ditetapkan.
Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada SPRM khususnya Bahagian Keselamatan, Kewangan, Akaun dan Pembangunan serta Khidmat Pengurusan atas kerjasama erat sepanjang pelaksanaan projek.
Majlis penyerahan rasmi projek itu disifatkan sebagai simbol kejayaan kerjasama strategik antara SPRM dan JKR dalam memperkukuh sistem keselamatan bangunan ibu pejabat.
Turut hadir pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat SPRM semalam ialah Pengarah Bahagian Kewangan, Akaun dan Pembangunan SPRM Datuk Sukairi Samsudin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Mohammad Shahizan Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM, KPKPj Zuhairie Abu Bakar serta Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya Norhisham Launah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKR Wilayah Persekutuan
#CCTV
#SPRM
#kamera berteknologi tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan