PUTRAJAYA: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.
Ketua Pengarahnya Datuk Zamri Ramli berkata mengikut prosedur diamalkan dalam cadangan pembangunan fizikal, pihak pemaju perlu membuat permohonan pemajuan kawasan tersebut kepada PBT.
"PBT perlu memohon ulasan teknikal bagi permohonan cadangan pemajuan kepada JMG, yang merupakan satu daripada Agensi Tekninal Negeri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada isu kebimbangan orang ramai berhubung Restoran Gua Lepak, Bukit Batu Caves di Taman Industri Bolton, Gombak, Selangor yang terletak di dalam gua batu kapur itu sepertimana dibangkitkan beberapa kali dalam media tempatan.
Antara isu diutarakan ialah isu keselamatan pengunjung premis, risiko bencana geologi, pemuliharaan fosil di tapak, status kebenaran operasi restoran dan risiko vandalisme.
Selain itu, kewujudan restoran berkenaan dibimbangi menyebabkan gangguan biodiversiti endemik serta isu pemuliharaan dan kelestarian terhadap geotapak tersebut yang merupakan sebahagian daripada Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp).
Menurut Zamri, sebarang pembangunan di kaki bukit batu kapur perlu merujuk kepada Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya Di Sekitar Bukit Batu Kapur dikeluarkan oleh JMG bagi menentukan zon keselamatan di sekitar kawasan tersebut.
Dalam konteks pembangunan geopark, beliau berkata kesejahteraan masyarakat dan penjanaan ekonomi masyarakat setempat merupakan satu daripada elemen yang dapat menambah nilai kepada geopark.
"Bagaimanapun, aktiviti tambah nilai ini perlulah selari dengan konsep pembangunan geopark melibatkan tiga elemen penting iaitu pemuliharaan, pendidikan serta pembangunan secara lestari," katanya.
Beliau berkata JMG menyarankan agar Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark negara yang diputuskan untuk dipakai ketika Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara ke-42 diterjemahkan dalam setiap pembangunan geopark.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Zamri berkata mengikut prosedur diamalkan dalam cadangan pembangunan fizikal, pihak pemaju perlu membuat permohonan pemajuan kawasan tersebut kepada PBT. - Gambar Bernama
PM Anwar sampai Perutusan Negara 9 malam ini
Perdana Menteri dijangka menerang serta mencerahkan mengenai pelbagai isu dalam dan juga luar negara.
Lelaki rentung dalam kebakaran pangsapuri di Damansara Damai
Seorang lelaki ditemui rentung dalam kejadian kebakaran bilik sebuah pangsapuri di Damansara Damai, Apartmen Lestari, Damansara Damai, Petaling Jaya, pada Isnin.
KKM saran individu divaksin, ambil vaksin
Dalam pada itu, individu yang belum dan tidak pernah mengambil vaksin Covid-19 disarankan untuk mengambil dua ke tiga dos vaksin Covid-19 bagi mengelakkan sebarang penularan penyakit itu.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun permintaan vaksinasi pada ketika ini rendah, mereka boleh membuat temujanji di beberapa klinik kesihatan yang masih menyimpan vaksin tersebut untuk proses vaksinasi.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun permintaan vaksinasi pada ketika ini rendah, mereka boleh membuat temujanji di beberapa klinik kesihatan yang masih menyimpan vaksin tersebut untuk proses vaksinasi.
COVID-19 akan sentiasa ada bersama masyarakat
Virus Covid-19 akan terus kekal bersama masyarakat.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun fasa kecemasan telah berakhir di negara ini, masyarakat perlu berwaspada dengan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya gelombang baharu virus itu tercetus rentetan peningkatan kes gelombang baharu Covid-19 di Singapura.
Menurut pakar perubatan kesihatan awam bahagian kawalan penyakit kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Tan Seok Hong, meskipun fasa kecemasan telah berakhir di negara ini, masyarakat perlu berwaspada dengan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya gelombang baharu virus itu tercetus rentetan peningkatan kes gelombang baharu Covid-19 di Singapura.
[TERKINI] 4 individu mengaku bersalah datangkan bahaya masak mi segera
Empat individu termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di Mahkamah Bentong hari ini atas pertuduhan mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana sentimen pasaran telah dipengaruhi oleh komen-komen daripada pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung susulan prestasi positifnya semalam serta menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
[TERKINI] PM sampaikan Perutusan Negara malam ini
Astro AWANI akan membawakan siaran langsung komprehensif bersama pakar bermula pukul 8.30 malam.
JMG belum terima permohonan ulasan teknikal restoran dalam gua batu kapur
JMG tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha perniagaan atau PBT untuk mengulas apsek teknikal terhadap cadangan atau aktiviti perniagaan di sebuah gua batu kapur di Gombak, Selangor.