awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JMG keluarkan surat arahan henti tugas di lombong Bukit Perangin

Bernama
Bernama
03/02/2024
03:15 MYT
JMG keluarkan surat arahan henti tugas di lombong Bukit Perangin
Nik Nazmi berkata laporan awal berhubung kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja asing di tapak lombong itu mendapati kawasan muka lombong berada dalam keadaan tidak stabil. - Gambar fail
ALOR SETAR: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengeluarkan Surat Arahan Henti Tugas di tapak lombong Bukit Perangin, dekat Kubang Pasu pada Khamis lepas berikutan kes kemalangan maut yang berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata laporan awal berhubung kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja asing di tapak lombong itu mendapati kawasan muka lombong berada dalam keadaan tidak stabil dan mempunyai risiko runtuhan susulan.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan JMG mendapati pihak lombong telah meletakkan tali penghadang sebagai langkah kawalan keselamatan bagi mengelakkan kawasan kejadian daripada diceroboh masuk.
"Walau bagaimanapun, pemeriksaan sekitar mendapati tiada sebarang papan tanda keselamatan atau peringatan diletakkan berhampiran kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata rakaman saksi utama kejadian memaklumkan para pekerja telah mengingkari arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan agar menjalankan kerja di kawasan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, lawatan susulan melalui dron mendapati terdapat banyak retakan pada struktur batuan yang boleh menyebabkan runtuhan dan kawasan kerja masih dikategorikan sebagai tidak selamat.
"Segala kerja dalam lombong telah diarah untuk dihentikan merujuk kepada Seksyen 21(2) Akta Pembangunan Mineral 1994 dan arahan juga telah dikeluarkan agar kesemua akses masuk ke kawasan kejadian ditutup sehingga siasatan selesai dijalankan.
Nik Nazmi berkata pemegang Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) telah diarah mengemukakan laporan lengkap kemalangan maut, kajian semula pelan pengurusan keselamatan dan laporan penilaian kestabilan cerun dan mitigasi untuk pertimbangan lanjut JMG dan kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan lombong
#bukit perangin
#Kubang Pasu
#Nik Nazmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan