KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam mendahului senarai 1,407 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri sempena ulang tahun ke-69 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, hari ini.
Joachim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang dan Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah dan membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran itu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya dan bekas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim.
Penerima lain ialah bekas Menteri Kewangan negeri Datuk Mohammad Noor Mohammad Mansoor dan ahli perniagaan Datuk Seri Lim Haw Kuang.
Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa pula adalah antara 81 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) dan membawa gelaran Datuk.
Ahli Dewan Negara Senator Noraini Idris, isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag, Pembantu Menteri Kewangan negeri Jasnih Daya, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Flovia Ng antara penerima PGDK.
Turut menerima anugerah itu Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Mohd Hamsan Awang Supain, Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri Andi Muhammaf Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri Harun Durabi.
ADUN yang menerima PGDK terdiri daripada Ruslan Muharam (Lumadan), Hasan A Gani Pg Amir (Sebatik), Hamild@Hamid Awang (Balung), Fairuz Renddan (Pintasan), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan ADUN dilantik Jafari Waliam.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan; Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Hamzah Ahmad; Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Abdul Rahman A. Wahab dan Ketua Staf Bahagian Operasi Darat ESSCom SAC M.Chandrasehkaran, antara penerima anugerah itu.
Turut menerima anugerah sama Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof; Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Tah Nia Jaman; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Madya Dr Ramzah Dambul dan bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Yap Yin Hin.
Sementara itu, 131 orang menerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK); 246 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK); 319 akan dianugerah Bintang Setia Kinabalu (BSK); 393 menerima Bintang Kinabalu (BK); sembilan menerima Jaksa Pendamai (JP) dan 222 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).
Juhar dijadual menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri yang akan berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini, pagi ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Joachim adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah. - Foto Twitter/@JapenSabah
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Kontraktor lengahkan pembinaan rumah SMJ disenarai hitam - Joachim
Kerajaan Sabah akan menyenarai-hitam mana-mana kontraktor yang melengah-lengahkan pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ), kata Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
285 koloni setinggan dikenal pasti di Sabah
Jawatankuasa Induk Menangani Setinggan Sabah telah mengenal pasti sebanyak 285 koloni setinggan di seluruh negeri.
Rekod urusan mahkamah anak negeri, keputusan perbicaraan perlu dijadikan jurnal
Rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan di mahkamah itu perlu dibukukan untuk dijadikan sebagai Jurnal Undang-Undang Anak Negeri.
Kejujuran, integriti harus jadi asas semua urusan perniagaan - Joachim
Kejujuran dan integriti harus menjadi asas kepada semua urusan perniagaan sekali gus menyaksikan sesebuah negara termasuk Malaysia tidak akan berdepan isu rasuah dan salah laku.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Kes COVID-19 naik mendadak, Tuaran kini zon merah - Joachim
Daerah Tuaran kini memasuki kategori zon merah COVID-19 akibat peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.
Pelancong asing ke Sabah tidak perlu jalani ujian COVID-19 prakemasukan
Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke Sabah.
Politik Sabah: Joachim tempelak Shafie tentang Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri
Menurutnya, jelas sekali Mohd Shafie mendapat fakta salah dan tidak memahami bagaimana perjalanan Perlembagaan Negeri Sabah.
Joachim Gunsalam dahului penerima darjah kebesaran tertinggi Sabah
Joachim adalah antara enam penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah.
Joachim Gunsalam sah Timbalan Presiden PBS
Joachim memperolehi sebanyak 339 undi manakala Joniston meraih 334 undi sementara 65 undi lagi disahkan rosak.