awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye

Bernama
Bernama
26/05/2024
05:30 MYT
Johari ketuai lawatan kerja ke Mesir, Turkiye
Johari dijangka menekankan peningkatan permintaan global untuk minyak masak dan derivatifnya serta komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan pada forum itu. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesir dan Turkiye untuk lawatan kerja dari 27 Mei hingga 1 Jun, 2024.
Beliau juga dijadual merasmikan Forum Minyak Sawit Malaysia Mesir 2024 di Kaherah pada 28 Mei.
Dalam kenyataan pada Ahad, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menjelaskan forum oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) itu bertujuan meneroka potensi pertumbuhan untuk minyak sawit di rantau Afrika Utara.
Beliau dijangka menekankan peningkatan permintaan global untuk minyak masak dan derivatifnya serta komitmen Malaysia terhadap pengeluaran minyak sawit yang mampan pada forum itu.
Selain itu, Johari akan bertemu Menteri Perdagangan dan Perindustrian serta Menteri Bekalan dan Perdagangan Domestik Mesir untuk memperkukuh kerjasama dua hala serta kalangan ketua perniagaan dalam industri minyak sawit.
MPOF 2024 akan disusuli oleh lawatan ke Turkiye, dengan Johari akan bertemu Menteri Perdagangan negara itu pada 31 Mei, untuk mengenal pasti peluang perniagaan baharu dalam sektor minyak sawit antara Malaysia dan Turkiye.
"Turkiye ialah destinasi penting untuk eksport minyak sawit Malaysia, menjadikan pertemuan ini amat penting bagi Malaysia," menurut KPK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Perladangan dan Komoditi
#JOHARI ABDUL GHANI
#ketua delegasi
#Mesir
#Turkiye
#Forum Minyak Sawit Malaysia Mesir 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan