KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan, Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini. 

Kata Tunku Ismail, daripada jumlah itu, 1.76 juta adalah vaksin Pfizer.

"Sukacita saya ingin maklumkan bahawa Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan September ini. Daripada jumlah dos vaksin ini, sebanyak 1.76 juta adalah vaksin Pfizer," katanya melalui satu ciapan di laman Twitternya pada Rabu. 

Dengan jumlah dos itu, Tunku Ismail yakin seluruh rakyat Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi.

"Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi COVID-19,"ujarnya. 


 
Sumber Facebook hrhcrownprinceofjohor