Sebuah kilang kelapa sawit milik Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bakal menghadapi tindakan undang-undang kerana menyebabkan pencemaran ammonia di Sungai Johor, dua hari lepas.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata syarikat GLC itu yang terletak di Ulu Remis, antara Kota Tinggi dan Kluang dikenal pasti sebagai punca pencemaran berkenaan.
"Kita telah ambil sampel air dari sungai itu dan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.
"Keputusan dijangka dalam seminggu ini dan kita bercadang untuk menyaman syarikat itu kerana telah menyebabkan pencemaran dan mengganggu kesejahteraan penduduk sekitar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat termasuk GLC, syarikat berkaitan kerajaan negeri atau persendirian yang didapati cuai dan menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar sebagai pengajaran.
Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas mengenai status terkini pencemaran ammonia di sungai berkenaan.
Pada awal pagi Selasa, SAJ Holdings telah mengesan tiga loji rawatan air iaitu Sungai Johor, Semanggar dan Tai Hong mencatatkan kadar ammonia yang tinggi sehingga menjejaskan bekalan air mentah kepada 120,000 pemegang akaun di lima kawasan.
Kawasan terlibat ialah Skudai, Kulai, Iskandar Puteri, Tanjung Bin Powerplant dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Semalam, dua daripada tiga loji rawatan air yang terjejas iaitu Sungai Johor dan Semanggar telah kembali beroperasi seperti biasa.
Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan pecah tanah rumah mampu milik Johor dan melancarkan projek pembangunan komprehensif Bandar Inovasi dikenali sebagai Innocity di Kota Tinggi.
Bernama
Thu Jul 14 2016
KHALED: Kita bercadang untuk menyaman syarikat itu kerana telah menyebabkan pencemaran dan mengganggu kesejahteraan penduduk sekitar. - Gambar fail
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Kilang sawit didenda RM15,000 lepaskan efluen lebih had
Wakil syarikat itu mengaku bersalah melepaskan efluen dengan kandungannya melebihi had yang ditentukan.
Pekerja maut tersepit mesin 'conveyor' di kilang kelapa sawit
Hasil siasatan awal mendapati sebahagian badan mangsa berada di dalam ruang antara scrapper dan pulley semasa menjalankan kerja pemasangan liner tersebut.
Johor ambil tindakan undang-undang ke atas syarikat GLC sebabkan pencemaran
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata syarikat GLC itu yang terletak di Ulu Remis, antara Kota Tinggi dan Kluang dikenal pasti sebagai punca pencemaran berkenaan.