awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor catat 1,319 kes ILI dan URTI, peningkatan 2.3 kali ganda

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
12/07/2022
10:05 MYT
Johor catat 1,319 kes ILI dan URTI, peningkatan 2.3 kali ganda
Tian Soon berkata, sebanyak 1,319 kes jangkitan bagi wabak berkenaan direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-27. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kes dan wabak jangkitan bagi penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) di Johor meningkat 2.3 kali ganda sehingga minggu lalu, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, sebanyak 1,319 kes jangkitan bagi wabak berkenaan direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-27, berbanding 574 kes pada tempoh sama tahun lalu.
Katanya, bilangan kluster wabak salur pernafasan itu turut menunjukkan trend meningkat dengan 15 kluster dicatatkan sehingga kini, berbanding lapan kluster bagi tempoh ME yang sama pada 2021.
"Kebanyakan kluster yang dilaporkan adalah melibatkan institusi pendidikan dengan 12 kluster wabak dikesan, mewakili 80 peratus daripada keseluruhan kluster.
"Terdapat peningkatan kes yang dilaporkan pada ME ke-23 sehingga ME ke-27 bagi tahun ini.
"Bagaimanapun situasi masih terkawal biarpun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Jelas Tian Soon, kes ILI dan URTI, secara amnya, merupakan jangkitan biasa yang berlaku tanpa musim di Malaysia sepanjang tahun dan hanya memerlukan pemantauan dan pengasingan diri.
Sehubungan itu, tambah beliau, Jabatan Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah pencegahan sewajarnya.
"Antaranya, mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
"Amalkan etika batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung.
"Orang awam turut dinasihatkan menjarakkan diri daripada individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak satu meter," katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga diminta mengelakkan diri mengunjungi tempat tumpuan jika bergejala selain mendapatkan suntikan vaksinasi influenza di fasiliti kesihatan.
"Jabatan Kesihaan Negeri Johor akan terus memantau situasi dan trend kejadian ILI dan URTI di negeri ini," katanya.
Topic Berkaitan
#ILI
#URTI
#Johor
#kes influenza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan