awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kenal pasti 874 'hotspot' banjir - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
09/11/2023
15:46 MYT
Johor kenal pasti 874 'hotspot' banjir - Onn Hafiz
Onn Hafiz telah mengarahkan setiap aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa agar berfungsi dengan baik serta dalam keadaan siap siaga terutamanya apabila berlaku banjir. - Gambar FB Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor telah mengenal pasti 874 'hotspot' banjir di seluruh negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Justeru, beliau telah mengarahkan setiap aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa agar berfungsi dengan baik serta dalam keadaan siap siaga terutamanya apabila berlaku banjir.
Beliau berkata menerusi Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan Pencemaran Sungai di Negeri Johor, terdapat beberapa pelan tindakan dibincangkan bagi menghadapi MTL serta langkah mitigasi terperinci jika banjir mula melanda.
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) boleh memberi amaran tiga hari sebelum hujan lebat yang berterusan di daerah masing-masing.
"Oleh itu, setiap pegawai daerah telah diminta membuat Mesyuarat Penyelarasan Bencana dalam tempoh 24 jam selepas mendapat amaran tersebut," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.
Onn Hafiz berkata kerajaan negeri turut mencadangkan agar diadakan program gotong-royong membersihkan saliran, longkang dan parit di setiap daerah dan kampung, terutamanya di tempat yang kerap berlaku banjir kerana ia mampu mengurangkan risiko air naik secara mendadak.
Menurutnya MetMalaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa MTL 2023/2024 dijangka bermula pada 11 Nov ini dan berterusan hingga Mac 2024.
Sementara itu, katanya mesyuarat turut membincangkan isu pencemaran sungai antaranya di Sungai Tebrau, Sungai Skudai, Sungai Kim Kim dan Sungai Selangkah yang perlu diberi perhatian segera agar masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.
"Beberapa langkah telah diambil, namun saya menyeru semua pihak serta seluruh Bangsa Johor untuk sama-sama kita jaga kebersihan sungai kerana kebersihan mencerminkan kehebatan dan mentaliti bangsanya.
"Semoga segala usaha ini membuahkan hasil, agar seluruh Bangsa Johor mendapat manfaatnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotspot banjir
#pencemaran sungai
#Facebook
#memberi amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan