awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ

Bernama
Bernama
16/06/2023
20:20 MYT
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Mohd Hairi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi pelaksanaan Program Jualan BRAJ di 115 lokasi melibatkan Pasar Tani dan Pasar Tani Kekal di Johor. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri bagi mewujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai di Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan rakyat tempatan dapat menikmati sepenuhnya tawaran dan barangan subsidi seperti telur ayam dan ayam segar yang dijual di BRAJ.
"Pembeli BRAJ sebagai contoh di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini, dalam 40 peratus daripada jumlahnya adalah warga Singapura.
"Jadi, kalau kita hendak guna sistem tunjuk kad pengenalan setiap pengunjung adalah tidak praktikal. Mungkin kita perlu cari mekanisme bersama FAMA seperti pembayaran tanpa tunai, iaitu rakyat kita akan ada pengenalan diri secara dalam talian," katanya kepada pemberita pada Program Jualan BRAJ di Pasar Tani Kekal Datin Halimah, di sini pada Jumaat.
Mohd Hairi berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi pelaksanaan Program Jualan BRAJ di 115 lokasi melibatkan Pasar Tani dan Pasar Tani Kekal di Johor.
"RM1.5 juta ini kita berikan kepada FAMA Johor untuk pelaksanaan BRAJ dan dalam satu bulan, empat hingga lima lokasi dianjurkan program ini, tetapi bermula Julai depan kita akan pastikan tujuh hingga lapan lokasi dapat dilaksanakan BRAJ bagi merancakkan lagi program ini," katanya.
Beliau berkata, BRAJ yang telah bermula Februari lepas dan akan berakhir pada April depan telah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM2.49 juta setakat semalam (15 Jun). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAMA
#BRAJ
#barangan subsidi
#telur ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan