JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor mengesan 19 kes sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan kerugian melibatkan kira-kira RM122,000, tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata sindiket itu dilaporkan berlaku sejak Julai tahun lepas dan suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.
Beliau berkata mangsa mendakwa telah dikenakan bayaran deposit pembelian rumah sebanyak RM500 hingga RM5,000 dan mereka dijanjikan akan mendapat rumah yang dimohon.
"Pada awalnya empat mangsa membuat aduan di kaunter Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bahawa mereka ditawarkan rumah RMMJ dan PPR serta perlu menjelaskan bayaran deposit.
"Susulan itu, kerajaan negeri membuat laporan polis dan meminta Ketua Polis Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat) menyiasat dan mendapati ada 19 laporan polis telah dibuat oleh mangsa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar di sini hari ini.
Menurut Mohd Jafni lelaki berusia 55 tahun itu telahpun dituduh di mahkamah dan beberapa kes lagi akan dituduh ke atas individu terbabit.
Tegasnya kerajaan negeri tidak pernah melantik ejen atau orang tengah bagi permohonan RMMJ dan PPR di negeri ini selain tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan yang boleh dilakukan menerusi portal eRumah atau hadir ke pejabat PKPJ.
Sementara itu, Kamarul Zaman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023
Sindiket itu dilaporkan berlaku sejak Julai tahun lepas dan suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7360/7405 berbanding dolar US daripada 4.7380/7405 ketika ditutup pada Isnin.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
“Ibarat macam berbual, tapi itu bukan saya” - Jadi sasaran scammer, Aaron Aziz buat laporan polis dan aduan MCMC
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam satu sindiket penipuan.
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
Rusdi berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Empat penjenayah warga Taiwan ditahan, cubaan wujudkan hab panggilan gagal
Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas.