KUALA LUMPUR: Selepas Sabah malam tadi, Johor pula menjadi negeri seterusnya dilanda banjir membabitkan pembukaan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat yang menempatkan seramai 456 mangsa daripada 133 keluarga setakat 8 pagi ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri pula iaitu Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu mencatatkan peningkatan.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata PPS berkenaan dibuka mulai lewat malam tadi susulan hujan berterusan di daerah berkenaan sejak semalam.
"PPS yang dibuka ialah Balai Raya Kampung Sermin, Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Balai Raya Kampung Paya Lenga, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Gelang Chinchin, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang dan Dewan Serbaguna Jalan Genuang.
"Kawasan terjejas melibatkan Kampung Sermin, Kampung Lembah Bakti, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Paya Lenga, Kampung Paya Lebar, Kampung Gelang Chinchin, Kampung Tenang dan Kampung Sedeng," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi laman web rasmi public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) https://publicinfobanjir.water.gov.my, aras air Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat telah melebihi tahap bahaya iaitu 20.11 meter (m), manakala Sungai Lenik di Kampung Chaah, Segamat telah melebihi tahap amaran dengan 5.58 m setakat 8.15 pagi ini.
Sementara itu, aras air Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak, juga telah melebihi paras bahaya yang mencatatkan 4.16 m, pagi ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 504 mangsa daripada 167 keluarga pagi ini berbanding 73 mangsa daripada 17 keluarga malam tadi dalam bencana banjir di daerah Kota Marudu dan sebuah PPS baharu dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek menempatkan 253 mangsa daripada 97 keluarga manakala PPS SK Teritipan menempatkan 251 mangsa daripada 70 keluarga.
"Jumlah kemasukan mangsa ke PPS terus bertambah ekoran keadaan paras air masih tinggi. Pasukan pemantau telah membuat pemantauan di kampung-kampung yang telah dinaiki air," menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataan hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir meningkat kepada 138 individu daripada 41 keluarga yang berada di sembilan PPS termasuk Surau Kampung Gedok, SK Felda Palong 1 dan Dewan Desa Dangi, setakat 8 pagi ini.
Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan seramai 295 individu yang terperangkap dalam banjir di Felda Jelai 4 di Gemas, Kampung Tengah, Kampung Geduk, Kampung Tenai, dan Kampung Baru Geduk di Gemencheh, Felda Palong 1 di Bahau, Kampung Kuala Johol, Kuala Pilah serta Kampung Tanah Datar Hilir dan Teha Homestay di Seri Menanti, diselamatkan oleh anggotanya sejak awal pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di KELANTAN mencatatkan sedikit peningkatan setakat 8 pagi ini, apabila seramai 1,129 individu terjejas berbanding 1,128 orang semalam yang ditempatkan di 18 PPS melibatkan tiga jajahan iaitu 11 di Kuala Krai, enam di Jeli dan satu di Tanah Merah, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melaporkan hanya satu sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai merekodkan bacaan 25.27 m.
Hari ketiga banjir di TERENGGANU menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat kepada 451 orang daripada 128 keluarga pagi ini berbanding 433 orang daripada 123 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memberitahu satu lagi PPS di daerah Dungun dibuka menjadikan jumlah keseluruhan PPS adalah empat buah.
"PPS itu ialah Dewan Orang Ramai Kampung Minda yang dibuka tengah malam tadi menempatkan 18 mangsa daripada lima keluarga. Tiga PPS lain kekal dengan jumlah sama iaitu surau Kampung Ban Ho di Kemaman (43 mangsa, lapan keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Shukur, Dungun (225 mangsa, 60 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dungun (165 orang, 55 keluarga)," menurut kenyataan itu.
Di PAHANG, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan seramai 2,030 mangsa masih berada di 32 PPS melibatkan enam daerah pagi ini.
Hujan lebat berterusan menyebabkan tujuh PPS kembali dibuka di Raub sebagai persediaan awal, namun setakat awal pagi ini hanya satu PPS iaitu di SK Ulu Atok dihuni oleh 35 orang daripada lapan keluarga.
JPS melaporkan dua sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Serting di Padang Gudang, Bera dengan kedua-duanya menunjukkan trend menaik.
Enam sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut; Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub); Sungai Lipis di Benta (Lipis), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong); Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Kechau di Kampung Dusun (Lipis).
Di SELANGOR, setakat 11 malam tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir atau hujan lebat bakal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
Di MELAKA, sebanyak 96 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke dua PPS berikutan banjir yang kembali melanda Alor Gajah malam tadi.
Pengarah APM Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra dalam kenyataan berkata 15 mangsa daripada lapan keluarga menghuni Balai Raya Gadek yang dibuka pada 3.30 pagi tadi manakala 81 daripada 21 keluarga dipindahkan ke SMK Seri Pengkalan yang dibuka pada 7 pagi ini.
"Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga kini dibuka pada 7 pagi dan mangsa sedang dalam proses pendaftaran," katanya.
Ketiga-tiga PPS yang ditutup Khamis lepas dibuka semula hari ini berikutan banjir kembali melanda daerah Alor Gajah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 01 2022
Hari ketiga banjir di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa terus meningkat kepada 451 orang daripada 128 keluarga pagi ini, berbanding 433 orang daripada 123 keluarga malam tadi. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Banjir Kedah: Gigih bawa isteri patah tulang belakang ke PPS
Ketabahan seorang suami memapah isteri yang patah tulang untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Tiga sungai di Kedah lepasi paras bahaya
Tiga sungai di negeri ini direkodkan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 10 malam ini.
Tiga PPS ditutup selepas banjir di Port Dickson pulih sepenuhnya
PPS di Kampung Sungai Raya ditutup selepas banjir di rumah mangsa telah surut dan air pasang surut menunjukkan paras biasa iaitu 2.1 meter pada 10.30 pagi tadi.
Banjir: 139 orang masih berada di dua PPS di Perak setakat 10 pagi
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 139 orang daripada 34 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 pagi.
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik
101 orang daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir di daerah Hulu Perak, di Gerik.
Jumlah mangsa banjir di Sabah kembali meningkat
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sabah pada jam 4 petang ini kembali meningkat kepada 481 mangsa.
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat, dua lagi PPS dibuka
Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 328 orang daripada 105 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Angin kencang 70km sejam cetus ribut di Kedah
Kelajuan angin dipercayai lebih tinggi di kawasan kampung namun tidak dapat direkodkan kerana tidak mempunyai stesen meteorologi.