ALOR SETAR: Kelajuan angin kira-kira 70km sejam yang direkodkan di stesen meteorologi Alor Setar pada jam 2.30 pagi pada Ahad mencetuskan kejadian ribut di beberapa kawasan di Kedah.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, bagaimana pun kelajuan angin dipercayai lebih tinggi di kawasan kampung namun tidak dapat direkodkan kerana tidak mempunyai stesen meteorologi.
"Kita andaikan di kawasan kampung-kampung lebih laju pergerakan angin sebab melihat keadaan rumah penduduk yang agak teruk termasuk pokok tumbang," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Menurutnya, secara amnya, negara dijangka menerima tiupan angin baratan kencang sehingga pertengahan tempoh ramalan iaitu 25 atau 26 jun.
"Selepas tempoh tersebut, angin mulai melemah dan angin dari pelbagai arah mula bertiup di rantau negara sehingga akhir tempoh ramalan," katanya.
Jelasnya, pengaruh angin baratan dijangka berpotensi bagi pembentukan garis badai pada awal pagi di pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah.
"Kejadian ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke malam terutama di kawasan pedalaman dan pantai timur Semenanjung Malaysia, barat dan pedalaman Sabah serta utara dan pedalaman Sarawak sepanjang tempoh ramalan iaitu sehingga 29 Jun," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kejadian ribut terbabit berlaku dalam tempoh 35 minit serta menyebabkan kerosakan pada struktur rumah penduduk dan kejadian pokok tumbang.
"Setakat ini sebanyak tujuh rumah direkodkan mengalami kerosakan. Bagaimanapun tiada pusat pemindahan sementara dibuka," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 23 2024
Anggota APM sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok yang tumbang dalam kejadian ribut pada awal pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Kerajaan proaktif tangani isu ekonomi bayangan, tingkat kadar pematuhan cukai
Saiz ekonomi bayangan di Malaysia secara purata adalah dianggarkan sebanyak 21.2 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 2010-2019.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Banjir gelombang kedua: Perlu tambah baik penyampaian makanan, khemah di PPS - MERCY Malaysia
Penambahbaikan dari segi penyediaan makanan, khemah dan penyeliaan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) perlu di beri perhatian dalam menghadapi gelombang kedua banjir.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di tujuh negeri hingga Rabu
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat tahap buruk dan waspada di tujuh negeri termasuk di Pantai Timur yang diramal berlaku hingga Rabu ini.
Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini
Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
Amaran hujan berterusan di tujuh negeri hingga 11 Disember
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang melibatkan tujuh negeri hingga 11 Disember ini.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Tumpat, Pasir Mas dan Bachok masih terjejas banjir
Portal Info Bencana JKM pagi ini melaporkan, sebanyak 87 PPS dibuka kepada 34,672 mangsa membabitkan 11,041 keluarga di Kelantan.