awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan

Bernama
Bernama
01/02/2024
09:16 MYT
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Onn Hafiz menyatakan, Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor akan memastikan kualiti hidup penduduk di negeri itu menjadi keutamaan terutamanya yang berkaitan kemudahan dan keperluan asas, sekali gus rakyat dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui satu hantaran di Facebook rasminya, menyatakan Johor merupakan negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
Beliau berkata semasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan projek berimpak tinggi tersebut, ada dimaklumkan berkaitan perkembangan beberapa projek di negeri itu yang berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
"Projek berkenaan termasuklah projek Rapid Transit System Link (RTS Link) yang mencapai kemajuan 61.1 peratus dan projek Gemas-Johor Bahru Electrified Double Track (PLBEGJB) sebanyak 96.02 peratus.
"Selain itu, projek menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Fasa 1 Senai (Utara)-Sedenak sedang dalam reka bentuk dan pembinaan dijadual bermula Jun 2024, serta projek menaik taraf Lebuhraya Senai- Desaru (SDE) dijadual bermula Mac 2024," katanya, hari ini.
Onn berharap agar segala usaha tersebut akan berjalan dengan lancar serta memperoleh sokongan berterusan daripada semua pihak di semua peringkat dan akhirnya membuahkan hasil terbaik buat rakyat di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#rakyat
#onn hafiz ghazi
#kualiti hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan