awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor perkenal 9 inisiatif baharu, pastikan kebajikan 18,000 Orang Asli terbela

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
24/08/2025
08:00 MYT
Johor perkenal 9 inisiatif baharu, pastikan kebajikan 18,000 Orang Asli terbela
Bagi mengiktiraf kepimpinan tradisional, seramai 46 Tok Batin di Johor menerima bantuan tunai 'one-off' berjumlah RM300 setiap seorang. - Foto FB Zahari Sarip
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor terus menzahirkan komitmen terhadap komuniti Orang Asli apabila memperuntukkan lebih RM3.8 juta untuk melaksanakan sembilan inisiatif baharu yang menyentuh aspek kebajikan, pendidikan, infrastruktur dan pembangunan sosial.

Ringkasan AI
  • Kerajaan negeri melaksanakan sembilan inisiatif merangkumi kebajikan, pendidikan, infrastruktur dan pembangunan sosial demi memastikan masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan.
  • Termasuk bayaran tunai RM200 kepada 5,041 ketua isi rumah, komputer riba kepada 73 mahasiswa, serta geran RM10,000 kepada 60 kampung bagi aktiviti komuniti.
  • Masjid, surau dan kemudahan sukan dinaik taraf; 46 Tok Batin menerima bantuan tunai, dan Jawatankuasa Khas ditubuhkan untuk menyelaras pembangunan Orang Asli secara bersepadu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, langkah ini membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli, yang berjumlah lebih 18,000 orang di seluruh negeri, tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan Johor yang semakin pesat.
“Kerajaan negeri berusaha memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang yang sama untuk maju.
“Bagi Orang Asli, pelbagai sokongan khusus disediakan agar mereka dapat menikmati manfaat pembangunan secara inklusif,” katanya di laman Facebook miliknya.
Antara bantuan yang diberikan termasuk bayaran tunai one-off RM200 kepada 5,041 ketua isi rumah dengan nilai lebih RM1 juta, selain agihan bakul makanan bernilai RM100 setiap keluarga.
“Dalam bidang pendidikan, 73 mahasiswa Orang Asli menerima komputer riba baharu bernilai keseluruhan RM182,500 bagi membantu mereka menguasai kemahiran digital dan meningkatkan pencapaian akademik.
“Selain itu, kerajaan negeri memperuntukkan geran khas RM10,000 kepada 60 kampung Orang Asli untuk tujuan pengurusan dan aktiviti komuniti, di samping perbelanjaan sebanyak RM735,000 bagi baik pulih serta menaik taraf 49 dewan dan balai raya,” katanya lagi.
Kemudahan keagamaan juga diberi perhatian apabila 37 masjid dan surau menerima sumbangan RM10,000 setiap satu, manakala 44 kemudahan sukan turut dinaik taraf dengan dana RM440,000 bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
Bagi mengiktiraf kepimpinan tradisional, seramai 46 Tok Batin juga menerima bantuan tunai one-off berjumlah RM300 setiap seorang.
“Kerajaan Negeri turut menubuhkan Jawatankuasa Khas Komuniti Orang Asli Johor sebagai badan penyelaras bagi pelbagai inisiatif pembangunan, termasuk bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pemeliharaan warisan budaya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bantuan orang asli
#RM3 8 juta untuk melaksanakan sembilan inisiatif baharu
#orang asli tidak dipinggirkan
#Tok aBatin terima bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan