awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor, Persekutuan kerjasama pastikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura lancar

Bernama
Bernama
27/03/2022
12:14 MYT
Johor, Persekutuan kerjasama pastikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura lancar
Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau juga telah mempengerusikan mesyuarat Task Force Persediaan Pembukaan Sempadan dan akan terus memantau kesiapsiagaan.
"Terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terus bertungkus lumus bagi menjayakan pembukaan sempadan ini.
"Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan Pejabat Perdana Menteri Republik Singapura, memaklumkan kedua-dua negara bersetuju untuk membuka sepenuhnya sempadan darat bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi mulai 1 April, selaras dengan fasa peralihan ke endemik.
Malaysia dan Singapura juga akan membenarkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#kerajaan Persekutuan
#kerjasama
#pembukaan semula sempadan
#Menteri Besar
#Malaysia
#Singapura
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan