awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor rancang buka beberapa tanah perkuburan Islam bersepadu

Bernama
Bernama
19/07/2023
21:20 MYT
Johor rancang buka beberapa tanah perkuburan Islam bersepadu
Mohd Fared berkata setakat ini sebuah tanah perkuburan tersebut telah dibuka di Pasir Gudang manakala sebuah lagi akan dibangunkan di Padang Tembak, Kluang. - Foto fail/BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) sedang merancang membangunkan beberapa lagi tanah perkuburan Islam bersepadu di negeri ini bagi memastikan ia dapat diurus dengan lebih sistematik.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata setakat ini sebuah tanah perkuburan tersebut telah dibuka di Pasir Gudang manakala sebuah lagi akan dibangunkan di Padang Tembak, Kluang.
"Tujuan utamanya adalah supaya lebih luas, berpusat, mudah diakses dan tersusun selain berkonsepkan perkuburan dalam taman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor, di sini, pada Rabu..
Sementara itu, beliau berkata tanah perkuburan Islam di negeri ini masih mencukupi bagi menampung keperluan dan MAIJ sentiasa berusaha mengenal pasti kawasan sesuai untuk membangunkan tanah perkuburan baharu.
"Lokasi baharu tanah perkuburan di setiap daerah, mukim atau kampung sudah dikenal pasti termasuk juga tanah wakaf, kemudian ia (lokasi) akan dibawa kepada pengetahuan Tabung Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maij
#tanah perkuburan Islam
#lebih sistematik
#Tanah Wakaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan