awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor seru lebih banyak syarikat terap ESG, cegah pencemaran

Bernama
Bernama
17/07/2023
20:45 MYT
Johor seru lebih banyak syarikat terap ESG, cegah pencemaran
Raven Kumar (dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengurusan Besar Persada Johor David Emir Bareng dan Timbalan Presiden CUCKOO International Michael Lee di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru, semalam. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menyeru agar lebih banyak syarikat di negeri itu, menerapkan amalan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG), dalam mencegah pencemaran bagi menjamin kelestarian alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar berkata syarikat perlu memainkan peranan, memandangkan pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan oleh kerajaan melibatkan perbelanjaan, bagi menjaga kelestarian alam.
"Inisiatif ESG ini daripada segi penglibatan syarikat, bukan sahaja disarankan di Johor, tetapi seluruh Malaysia. Jadi, bagi menjaga kelestarian alam itu, pencegahan perlu dibuat.
"Pencegahan awal itu adalah lebih baik dan saya percaya, semua pihak kena sama-sama mainkan peranan ini dan jalankan tanggungjawab mereka," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Persada Johor dan United Nations Global Compact Network Malaysia Brunei (UNGCMYB), di sini.
Sementara itu, Raven Kumar berkata dianggarkan sebanyak 50 tan sampah dikutip pada setiap bulan, di daerah ini menerusi program Johor Bersih.
Beliau bagaimanapun berkata inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri itu, memerlukan kerjasama dan penglibatan semua pihak, berikutan jumlah kutipan yang dilihat tidak berkurangan.
"Kalau kita lihat kutipan sampah banyak, lebih kurang 30 hingga 50 tan kita kutip, tetapi apa yang mengecewakan sampah itu tetap ada lagi.
"Apabila kita buat pembersihan di sungai misalnya, sampah tetap muncul, jadi kita akan mengenal pasti kawasan punca sampah," katanya.
Pada majlis MoU tersebut, Persada Johor menjadi pusat konvensyen pertama di Malaysia yang menyertai UNGCMYB.
UNGCMYB merupakan rangkaian tempatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Global Compact (UNGC), yang mendorong perniagaan untuk menyelaraskan operasi mereka dengan sepuluh prinsip yang diterima secara universal, dalam bidang hak asasi manusia, buruh, alam sekitar, dan anti-rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#ESG
#K Raven Kumar
#pencemaran alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan