PUTRAJAYA: Johor dan Terengganu menjadi negeri terbaharu beralih ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 25 Oktober ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang beliau pengerusikan, selepas mendengar pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4, adalah sama seperti sebelum ini dan boleh diakses di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my
Berdasarkan semakan, tiada negeri atau wilayah yang berada di Fasa 1 dan 2, dan hanya tinggal tujuh lagi negeri berada di Fasa 3 iaitu Perlis, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, setakat 21 Oktober 2021, kadar vaksinasi dos pertama bagi golongan remaja telah mencapai 80.2 peratus atau bersamaan 2,524,156 individu.
“Kadar ini merupakan antara yang terpantas di dunia. Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini telah bersetuju agar kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa ketika ini turut diperluaskan kepada golongan remaja yang telah divaksin lengkap.
“Ini bermakna, syarat vaksinasi lengkap bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun akan dinyatakan dalam semua SOP,” kata beliau lagi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, vaksinasi itu tidak akan dilaksanakan serta-merta, sebaliknya, kerajaan akan selaraskan kemudahan-kemudahan berkaitan dan memberi golongan remaja ‘grace period’ selama tiga minggu atau sehingga pertengahan bulan November.
Tempoh itu, jelasnya lagi, bagi memastikan kira-kira 80 peratus remaja yang telah menerima dos pertama ketika ini selesai divaksin lengkap.
Firdaus Azil
Fri Oct 22 2021
Johor dan Terengganu menjadi negeri terbaharu beralih ke Fasa 4 di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 25 Oktober ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Peralihan fasa PPN: Pendekatan tidak berpusat bagi negeri lebih pragmatik untuk kesihatan awam, ekonomi
Ini berdasarkan situasi COVID-19 dan kemajuan program imunisasi adalah berbeza di setiap negeri.
Persekutuan pengilang gesa kerajaan kaji semula nilai ambang Pelan Pemulihan Negara
FMM mencadangkan kerajaan mengkaji semula tiga nilai ambang PPN dan tindakan penting lain untuk peralihan fasa lebih cepat.