awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2024
05:00 MYT
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Ahmad Fadhli menegaskan, semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan suruhanjaya tersebut sebelum perbincangan mengenai kedudukan Pesuruhjaya Pas Perlis itu dibuat. - Gambar fail/Bernama
HULU SELANGOR: Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan kerajaan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu integriti.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, semua pihak perlu membiarkan siasatan menyeluruh dijalankan suruhanjaya tersebut sebelum perbincangan mengenai kedudukan Pesuruhjaya Pas Perlis itu dibuat.
“Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepemimpinan) kerajaan Perlis. “Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.
"Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepemimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal. Kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Umum PN malam Sabtu.
Khamis lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis dilapor sedia menggalas tanggungjawab menerajui pentadbiran negeri sekiranya diminta berbuat demikian.
Namun sebarang keputusan mengenai kedudukan Mohd Shukri tetap terletak kepada kebijaksanaan Raja Perlis dan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN).
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Mohd Shukri hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk dirakam percakapan.
Azam mengesahkan Pengerusi PN Perlis itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa.
Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana, termasuk membaik pulih, menyenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pertukaran kepemimpinan kerajaan di Perlis
#Menteri Besar Perlis
#disiasat SPRM
#PAS
#Ahmad Fadhli Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan