ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti infrastruktur serta jalan-jalan yang kerap dilanda banjir di Johor, dan mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata dengan kerjasama Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor; jawatankuasa khas itu akan berbincang dan menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi di kawasan berkenaan, termasuk soal pembuangan sampah yang menyebabkan longkang tersumbat.
Beliau berkata di Johor Bahru, setakat ini 12 kawasan telah dikenal pasti sebagai kawasan yang sering dilanda banjir, antaranya Taman Sutera, Jalan Datin Halimah, Wisma Daiman dan persimpangan lampu isyarat Desa Cemerlang.
Bercakap kepada pemberita dalam persidangan media di sini hari ini beliau berkata selain itu, masalah pembahagi jalan yang tidak sistematik juga akan diatasi, termasuk ditukar baharu bagi menghalang air daripada melimpah ke jalan.
Sementara itu Fazli berkata Jabatan Kerja Raya Johor akan menggazet laluan berasingan bagi bas pekerja dan bas awam di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Tambak Johor bagi menangani masalah kesesakan teruk di situ.
Beliau berkata langkah itu diambil susulan kajian Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) yang mendapati kesesakan teruk di dua laluan khas bas pekerja dan bas awam di CIQ Tambak Johor berlaku seawal pukul 4 pagi hingga 6.30 pagi berikutan tiada pengasingan laluan antara kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti infrastruktur serta jalan-jalan yang kerap dilanda banjir di Johor, dan mengambil pelbagai langkah bagi menanganinya. - Gambar fail/Astro AWANI
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.
pelancongan Islam, seni dan industri halal jadi taruhan
Pengerusi MATA Datuk Khalid Harun menjangkakan 45 ribu pengunjung akan hadir ke penganjuran Witex dan Wcaf 2025 pada Ogos tidak lama lagi.
Azalina cadang pertimbang umur dinaikkan kepada 65 tahun
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Ugut rakan sebar video bogel, 2 remaja ditahan polis
indakan dua remaja lelaki memeras ugut seorang kenalan mereka dengan menggunakan video bogel mangsa akhirnya memakan diri apabila mereka diberkas polis di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lalu.
6 individu termasuk 2 Datuk direman, terima rasuah kontrak
Enam individu termasuk dua penjawat awam bergelar Datuk yang memegang jawatan sebagai pengarah serta seorang jurutera sebuah jabatan kerajaan di ibu negara ditahan reman antara tiga hingga lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek pembangunan dan penyelenggaraan sejak empat tahun lalu.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di Makkah pada Selasa akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.
Ini adalah kematian ketiga melibatkan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

DBKL nafi penggodam tuntut RM236.17 juta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan sistem perkhidmatan dalam taliannya digodam serta penggodam menuntut wang tebusan USD55 juta (RM236.17 juta) berikutan gangguan itu.

Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Maritim Malaysia gagal cubaan seludup syabu RM10 juta
Maritim Malaysia menggagalkan cubaan menyeludup dadah dipercayai jenis syabu ke negara jiran yang dianggarkan bernilai RM10 juta di Batu Pahat.

Penunggang maut, motosikal tercampak ke dalam sungai
Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 24.1, di Iskandar Puteri.

Tunku Mahkota Ismail bangga Johor muncul kuasa besar baharu dalam ekonomi negara
Titah baginda, kejayaan didorong pelaksanaan beberapa inisiatif utama yang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM27 bilion suku pertama tahun ini.

Johor pantau projek berimpak tinggi, kontraktor dipanggil jika berlaku kelewatan
Kerajaan Johor membuat pemantauan bagi memastikan projek pembangunan berimpak tinggi termasuk usaha mengatasi isu banjir di kawasan berisiko berjalan mengikut perancangan.

Sultan Ibrahim ucap selamat jalan, doakan jemaah haji rombongan Kerajaan Johor
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengucapkan selamat jalan kepada 500 bakal jemaah haji rombongan Kerajaan Johor.

Pencemaran bau: Johor harap percepat pembinaan loji WTE Bukit Payong
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat mempercepat pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau waste-to-energy (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, Batu Pahat.

Pelajar lulus Sijil Darjah Khas Agama Johor meningkat 14.48 peratus
Jumlah calon Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Sekolah Agama Kerajaan Johor 2024 yang lulus menunjukkan peningkatan 14.48 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Banjir di Johor makin pulih, Sabah tidak berubah
Situasi banjir di Johor semakin pulih dengan penutupan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat petang ini manakala keadaan di Sabah tidak berubah.

Johor catat pelaburan RM27.4 bilion suku pertama 2025
Pencapaian itu membuktikan kesungguhan semua pihak dalam menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Lelaki maut dirempuh pemandu mabuk ketika bantu mangsa kemalangan
Hasrat seorang lelaki membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW di Kilometer 16, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.