awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal

Astro Awani
Astro Awani
09/08/2024
14:57 MYT
Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia "idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional". - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat melibatkan topik 'bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang'.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam kemas kini di laman X berkata, isu tersebut perlu dibahaskan kerana ia "idea yang paling bernas mengenai ekonomi yang pernah datang daripada Perikatan Nasional (PN)".
"Walaupun debat secara langsung ini menyebabkan kos yang besar kepada penganjur, demi ekonomi Malaysia, saya sudi berbincang dengan RTM (RadioTelevisyen Malaysia), Astro dan lain-lain," tulis Rafizi dalam kemas kini tersebut.
Baiklah @wanfayhsal - jom kita debat. Isu yang perlu dibahaskan: Bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang. Kenapa perlu dibahaskan: Sebab ini idea paling bernas mengenai ekonomi pernah datang dari PN. Walaupun debat live ni menyebabkan kos yg besar kpd penganjur https://t.co/8dzf5K5j2f
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) August 9, 2024
Rafizi berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Wan Ahmad Fayhsal di laman sosial sama, yang mengatakan jemputan Rafizi sebelum ini bukan debat secara langsung tetapi melibatkan sesi podcast.
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu dalam kenyataan balas kepada seorang pengguna media sosial turut mencabar pihak kerajaan untuk berdebat mengenai isu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Global Infrastructure Partners (GIP) dan BlackRock.
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Isu MAHB
#debat
#Rafizi Ramli
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan