MALAYSIA
Jovian Mandagie diisytihar muflis, gagal bayar pinjaman persahabatan RM5.28 juta

Jovian diisytiharkan muflis kerana gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan, semuanya berjumlah RM5.28 juta. - Gambar fail/FB Jovian Mandagie
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini, hari ini mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie muflis kerana gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan, semuanya berjumlah RM5.28 juta.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi mengisytiharkan pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie muflis selepas gagal membayar pinjaman persahabatan berjumlah RM5.28 juta kepada syarikat Cekap Air Sdn Bhd.
- Jovian didakwa tidak mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2023 dan gagal membayar seperti diperintahkan dalam penghakiman terus bertarikh 2 April 2023.
- Jovian memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan petisyen tetapi ditolak; rayuan terhadap penghakiman dijadualkan pada 15 September 2025.
Syarikat itu menyatakan jumlah hutang termasuk faedah setakat tarikh tersebut adalah sebanyak RM5,284,340.66, berdasarkan penghakiman terus yang diperoleh di Mahkamah Tinggi pada 2 April 2023 menerusi saman sivil utama.
Peguam Siti Nur Athirazatti Rohizad yang mewakili Cekap Air berkata, pihaknya memfailkan Notis Kebankrapan selepas Jovian gagal mematuhi penghakiman mahkamah, sebelum memfailkan Petisyen Pemiutang yang akhirnya dibenarkan hari ini.
“Jovian juga ada memfailkan permohonan untuk menggantung dan membatalkan notis serta petisyen itu, namun semuanya ditolak oleh mahkamah,” katanya.
Pada 16 Mei 2023, Cekap Air memfailkan saman terhadap Jovian atas dakwaan gagal membayar semula pinjaman RM5 juta yang diberikan secara lisan pada 25 Februari 2022.
Dalam penyataan tuntutan, syarikat itu mendakwa wang tersebut telah dipindahkan ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili Jovian, dan penerimaan dana turut disahkan oleh firma terbabit atas arahan defendan.
Rayuan Jovian terhadap penghakiman terus itu dijadual didengar pada 15 September ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami