KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan tajaan biasiswa kepada penuntut bidang perubatan selagi terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata penajaan penuntut dalam bidang perubatan itu juga adalah tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Keputusan untuk meneruskan tajaan kepada pelajar dalam bidang yang melibatkan perubatan kesihatan termasuk pergigian dan farmasi akan dilaksanakan berdasarkan unjuran yang dikemukakan KKM," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu, beliau berkata 13,659 penjawat awam menghadiri sesi libat urus berkaitan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat 25 Okt lepas.
Beliau berkata sesi libat urus untuk mendapatkan input penjawat awam itu meliputi enam sesi melibatkan kelompok perkhidmatan, kementerian dan agensi selain 10 sesi di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Pahang, Perlis, Selangor, Melaka dan Kelantan.
Beliau berkata sesi libat urus di tiga negeri lagi iaitu Sabah, Sarawak dan Johor dijangka diselesaikan dalam tahun ini.
"Setakat 25 Okt, sejumlah 40,422 responden telah mengemukakan 97,706 cadangan menerusi portal kajian SSPA. Ini sekali gus bermakna, tidak ada istilah memilih atau meminggirkan negeri tertentu dalam kajian SSPA ini. Kita akan rangkumkan semua," katanya.
Menyentuh mengenai status pemberian award Gantian Cuti Rehat (GCR) yang masih tidak diterima oleh penjawat awam, Armizan menjelaskan permohonan perlu dikemukakan kepada kementerian masing-masing terlebih dahulu untuk tujuan kawalan dalaman dan tapisan awal sebelum dipanjangkan ke JPA untuk kelulusan.
"Kelulusan yang diberikan juga adalah tertakluk kepada had siling peruntukan yang ditetapkan kepada kementerian-kementerian oleh Kementerian Kewangan. Sekiranya ada sebarang rayuan, boleh dikemukakan kepada JPA," katanya.
Beliau juga memaklumkan pada masa ini kerajaan bersetuju mulai Julai hingga Disember 2023, amaun pencen asal (Kategori A dan Kategori B) ditambah dengan bantuan khas Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) yang meliputi pesara yang bersara sebelum 2013 bagi membolehkan jumlah pencen yang diterima adalah sama pada Jun 2023.
Ia susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen (Pindaan) 2013 yang telah melanggar Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Armizan berkata penajaan penuntut dalam bidang perubatan itu juga adalah tertakluk kepada kajian dan unjuran yang dibuat oleh KKM. - Gambar fail/Bernama
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
JPA akan terus taja bidang perubatan, tertakluk unjuran KKM - Armizan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneruskan tajaan biasiswa kepada penuntut bidang perubatan selagi terdapat keperluan guna tenaga pegawai perubatan bagi perkhidmatan kesihatan negara.