awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA bentang permohonan biasiswa 63 pelajar di Kabinet

Sinar Harian
Sinar Harian
12/09/2018
15:02 MYT
JPA bentang permohonan biasiswa 63 pelajar di Kabinet
Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, beliau juga telah membawa perkara tersebut ke mesyuarat Kabinet minggu lepas.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membentangkan laporan penuh berhubung isu permohonan 63 pelajar bagi mendapatkan biasiswa JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara pada mesyuarat jemaah menteri akan datang.
Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, beliau juga telah membawa perkara tersebut ke mesyuarat Kabinet minggu lepas.
“Saya akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan pelajar dalam memperoleh kemudahan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini. hari ini.
Dilaporkan 63 pelajar tersebut memohon biasiswa daripada JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara. Mereka telah menyerahkan petisyen tiga bulan lepas dan dimaklumkan mereka perlu menunggu bagi kertas laporan dibentangkan pada Kabinet.
Menurut laporan, pelajar itu bagaimanapun tidak menerima sebarang maklum balas daripada JPA, selepas jabatan itu menyatakan pihaknya sedang menunggu untuk membentangkan kertas laporan kepada Kabinet.
Maszlee berkata beliau bersimpati dengan situasi yang dialami pelajar terbabit namun pihak Kementerian Pendidikan juga memahami kekangan yang dihadapi oleh JPA daripada aspek kewangan.
"Saya yakin dengan kerjasama semua pihak isu ini akan menemukan jalan penyelesaian,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#biasiswa
#JPA
#kabinet
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Maszlee Malik
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan