awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang

Bernama
Bernama
18/12/2024
06:50 MYT
JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang
JPA menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan mewajibkan pegawai awam memiliki BMI seimbang. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mewajibkan semua pegawai awam untuk memiliki indeks jisim badan (BMI) yang seimbang.

Ringkasan AI
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan mewajibkan pegawai awam memiliki BMI seimbang, menafikan kenyataan Pengarah Hospital Miri, Dr Jack Wong Siew Yu.
  • JPA menggalakkan pegawai awam melaksanakan saringan kesihatan kendiri dan mengisytiharkan status BMI dalam sistem HRMIS, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam mengenai gaya hidup sihat.
  • JPA komited bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu obesiti dan meningkatkan kesihatan awam, serta menegaskan kenyataan rasmi perlu mendapat kebenaran JPA.

JPA menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis lepas berkaitan "JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan".
"JPA menggalakkan semua pegawai awam untuk melaksanakan saringan kesihatan kendiri termasuk mengambil ukuran berat badan dan tinggi bagi melihat status BMI dan diisytiharkan dalam sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)," menurut kenyataan JPA, di sini, hari ini.
Menurut JPA, inisiatif ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam (MyPPSM) Ceraian S.R 2.5.1 mengenai Perisytiharan Rekod Kesihatan bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat yang dikeluarkan pada 6 Sept 2022.
"JPA tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau arahan untuk mewajibkan semua pegawai awam memiliki BMI yang seimbang," menurut kenyataan itu.
Namun, JPA kekal komited untuk bekerjasama dengan KKM dalam usaha menangani isu obesiti dalam kalangan pegawai awam dan menyokong langkah-langkah dalam meningkatkan kesihatan awam secara keseluruhannya.
JPA juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang melibatkan mereka, perlu mendapatkan kebenaran rasmi, selain turut meminta agar jabatan itu tidak dijadikan rujukan tanpa pengesahan fakta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPA
#BMI
#penjawat awam
#Jack Wong Siew Yu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan