awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPA pastikan HRMIS sejajar dengan perkembangan teknologi semasa - KPPA

Bernama
Bernama
18/05/2021
14:48 MYT
JPA pastikan HRMIS sejajar dengan perkembangan teknologi semasa - KPPA
Mohd Khairul Adib berkata ASSIST mampu memanfaatkan data dalam HRMIS ke arah perancangan tenaga kerja yang lebih efisien. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa berusaha memastikan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) bergerak sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, antara lain menerusi pengenalan Sistem Analitik Sumber Manusia (ASSIST).
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata ASSIST mampu memanfaatkan data dalam HRMIS ke arah perancangan tenaga kerja yang lebih efisien.
Menerusi perutusannya dalam Buletin iHRMIS keluaran terbaharu, beliau berkata ASSIST memainkan peranan besar dalam membantu JPA menggubal dasar perkhidmatan sektor awam bagi memastikan perancangan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
ASSIST merupakan aplikasi Business Intelligent berasaskan dashboard yang dibangunkan bagi menyediakan kemudahan menjana, menganalisis data serta menyediakan laporan berkaitan maklumat sumber manusia bagi tujuan penyelidikan, perancangan penyediaan dasar dan membuat keputusan.
Selain itu, beliau berkata sistem HRMIS juga sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa, dengan kini ia boleh diakses lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih (mobile) MyHRMIS yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Jelasnya, usaha-usaha tersebut dilihat mampu meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti kerja serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi penerokaan dunia digital selaras dengan norma baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPA
#HRMIS
#Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
#ASSIST
#Mohd Khairul Adib Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan