Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan lima Jawatankuasa Siasatan (JKS) secara proaktif bagi menyiasat sembilan teguran hukuman Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2014 Siri 2 melibatkan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam sesi bersama media mengenai tindakan susulan LKAN itu di sini pada Selasa, berkata terdapat lapan teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan manakala satu bagi Jabatan Perdana Menteri.
Antara kes yang mendapat teguran hukuman bagi Kementerian Pendidikan ialah pengurusan penyenggaraan bangunan dan fasiliti di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah dan perolehan peralatan ICT di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset dan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah.
Satu teguran hukuman yang melibatkan agensi di bawah JPM adalah pengurusan penyenggaraan kapal/bot di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),katanya.
Ali berkata Jawatankuasa Siasatan mendapati dua teguran hukuman melibatkan kerugian di pihak kerajaan berjumlah RM166,259 manakala teguran lain tidak melibatkan kerugian kewangan sebaliknya kesalahan-kesalahan tersebut adalah akibat ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan.
"Jawatankuasa Siasatan juga telah mengenal pasti 18 pegawai bagi diperakukan tindakan tatatertib," katanya.
Ali berkata lapan teguran hukuman melibatkan Badan Berkanun/Syarikat Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
"Jabatan Audit Negara telah mengarahkan agensi terbabit menjalankan siasatan dan mengemukakan siasatan selewat-lewatnya pada 12 Julai ini," katanya.
Ali berkata Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 2 yang dibentangkan pada 15 Jun terdapat 635 teguran iaitu 17 teguran hukuman dan 618 teguran pembetulan.
Teguran hukuman melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas manakala teguran pembetulan menjurus kepada penambahbaikan sistem dan prosedur dalaman, katanya.
Daripada 618 teguran pembetulan, katanya, 303 teguran atau 49 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.
Katanya 315 teguran atau 51 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran ini melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.
"Status tindakan ini dipantau melalui Dashboard Jabatan Audit negara," katanya.
Ali berkata kementerian telah bertindak lebih proaktif bermula seawal peringkat 'Exit Conference' dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan, mengambil tindakan-tindakan pembetulan dan penambahbaikan prosedur.
Melalui usaha-usaha ini, beliau berkata tahap kesedaran dan komitmen di kalangan pegawai awam berhubung Laporan Ketua Audit Negara telah meningkat ke tahap yang lebih baik.
"Sejumlah 17 teguran hukuman merupakan antara terkecil dan ia melibatkan dua kementerian sahaja," katanya.
Mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 1, Ali berkata kesemua enam teguran hukuman telah selesai disiasat.
Beliau berkata daripada 313 teguran pembetulan dalam laporan, 136 teguran atau 43.45 peratus telah selesai diambil tindakan penambahbaikan oleh kementerian/agensi yang berkenaan.
Sehingga 22 Jun, katanya, 177 teguran atau 56.55 peratus masih dalam tindakan kerana teguran-teguran tersebut melibatkan kajian dan pindaan kepada peraturan-peraturan berkaitan.
Bernama
Tue Jun 23 2015
ALI HAMSA: Jabatan Audit Negara telah mengarahkan agensi terbabit menjalankan siasatan dan mengemukakan siasatan selewat-lewatnya pada 12 Julai ini. - Gambar Fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.