KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu berhubung upacara kematian dan pengebumian di negeri itu.

Menerusi kenyataan pada Isnin, JPBN Sarawak kini membolehkan kehadiran bagi upacara kematian dan pengebumian bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah bermesyuarat hari ini dan beberapa keputusan dicapai.

“Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP, maksimum 30 orang sahaja dibenarkan untuk menghadiri upacara dan maksimum 20 orang sahaja di tapak pengkebumian,” kata kenyataan itu.

BACA: COVID-19: SOP baharu upacara pengebumian di Sarawak

BACA: COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak

Terdahulu pada Jumaat, Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan
hanya 50 orang secara maksimum sahaja dibenarkan menghadiri upacara dan maksimum 30 orang sahaja di tapak pengebumian di kawasan PKPB.

Manakala bagi kawasan yang dikenakan PKP, hanya keluarga terdekat dibenarkan menghadiri upacara dan berada di tapak pengebumian.

Keputusan dicapai selepas mengambil iktibar daripada peningkatan kes yang mendadak melibatkan Kluster Pasai di Sibu ketika ini.