awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar

Bernama
Bernama
07/03/2021
09:18 MYT
JPJ ambil tindakan pelajar tular tak pakai topi keledar
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru. - Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap seorang pemilik motosikal, selepas gambar penunggang dan pembonceng yang tidak memaki topi keledar itu menjadi tular di media sosial semalam.
Gambar berkenaan menjadi tular apabila baju seragam sekolah yang dipakai oleh pembonceng itu diconteng dengan tulisan berunsur lucah yang mempersendakan guru, sehingga mendapat kecaman ramai pengguna laman media sosial, dan gambar itu dikongsi sehingga mencecah hampir 9,000 perkongsian.
Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf berkata pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat di bawah seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik motosikal itu.
Beliau berkata menunggang dan membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar adalah satu kesalahan yang boleh di dakwa di bawah kaedah 4 Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.
"Bagi kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan juga boleh diambil tindakan di bawah kaedah 6 Kaedah- Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.
"Jika disabitkan kesalahan pelaku boleh dihukum mengikut seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#topi keledar
#conteng baju
#persenda guru
#tulisan lucah
#SPM
#calon peperiksaan
#JPJ ambil tindakan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan