Skip to main content

Malaysia

JPJ buka bidaan nombor siri H sempena Hari Malaysia Rabu ini

KUALA LUMPUR, 14 Sept - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (tengah) melancarkan no pendaftaran istimewa siri H pada sidang akhbar Majlis Interaksi Bersama Media sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118, hari ini. - fotoBERNAMA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli (tengah) melancarkan no pendaftaran istimewa siri H pada sidang akhbar Majlis Interaksi Bersama Media sempena Hari Malaysia di Presint Merdeka 118. - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan istimewa siri H sempena Hari Malaysia dibuka untuk bidaan mulai Rabu ini hingga 20 Sept, menawarkan angka 1 hingga 9999.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata bidaan boleh dibuat menerusi aplikasi JPJeBid manakala keputusan akan diumumkan pada 21 Sept ini.

Beliau berkata siri H istimewa kerana merupakan huruf tunggal terakhir yang akan ditawarkan oleh JPJ selain melambangkan keharmonian sempena sambutan Hari Malaysia.

"Nombor ini sangat istimewa dan orang ramai digesa mengambil peluang untuk mendapatkannya kerana selepas ini, tiada lagi huruf tunggal akan ditawarkan oleh JPJ," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran nombor siri berkenaan di sini semalam.

Aedy Fadly berkata penggunaan huruf H bagi siri berkenaan berbeza dengan pendaftaran teksi kerana bagi pengangkutan awam itu, ia perlu diiringi huruf pendaftaran negeri.

"Sebagai contoh, teksi di Perak didaftarkan dengan huruf HA kerana A merupakan huruf pendaftaran negeri itu," katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement