awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang pusat data teroka sumber air bawah tanah
Ramai bekas pemimpin mohon kembali kepada UMNO, keputusan selepas PAU - Asyraf
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ ingatkan peserta program RXZ Members 7.0 patuh undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2025
01:00 MYT
JPJ ingatkan peserta program RXZ Members 7.0 patuh undang-undang
Program RXZ Members 7.0 akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu mulai 22 hingga 23 Ogos. - Facebook RXZ Members - Official
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyeru semua peserta program RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung hujung minggu ini agar mematuhi undang-undang jalan raya berkaitan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, peserta diminta memberi kerjasama penuh kepada pihak penganjur demi menjamin keselamatan sepanjang acara berlangsung.
"Program berimpak tinggi ini bukan sahaja menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara, bahkan menjadi platform strategik untuk mengangkat imej budaya permotoran ke tahap yang lebih positif.
"Untuk itu, JPJ akan terus memberi tumpuan kepada usaha advokasi, pendidikan keselamatan jalan raya serta memudahkan pergerakan para peserta bagi memastikan program tersebut berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, JPJ menyambut baik sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap penganjuran program berkenaan yang dianggap mampu mengangkat imej budaya permotoran ke tahap lebih positif.
"Pengiktirafan Perdana Menteri itu mencerminkan peranan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim serta penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat," tambahnya.
Program RXZ Members 7.0 akan berlangsung di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, mulai 22 hingga 23 Ogos ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025, sekali gus mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan komuniti permotoran.
Sempena Bulan Kebangsaan, Aedy Fadly berkata, JPJ juga menyokong seruan Perdana Menteri agar seluruh peserta program itu mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaan kepada tanah air.
Dalam usaha meningkatkan budaya keselamatan, JPJ turut mengumumkan pengagihan 3,000 topi keledar percuma kepada pengunjung terawal melalui Program Pertukaran Topi Keledar.
“Sebagai agensi utama dalam bidang pengangkutan jalan, JPJ akan terus memperteguh komitmen mendukung agenda Kerajaan MADANI ke arah membina budaya permotoran yang positif, selamat serta berdaya maju demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#JPJ
#RXZ Members 7 0
#Jalur Gemilang
#sukan permotoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan