awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ jangka kutipan hasil 2025 lebih tinggi

Bernama
Bernama
25/11/2025
22:15 MYT
JPJ jangka kutipan hasil 2025 lebih tinggi
Aedy Fadly berkata kutipan hasil JPJ adalah antara yang tertinggi di negara ini selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan prestasi kutipan hasil tahun ini akan melebihi pencapaian tahun lepas dengan peningkatan antara tiga hingga lima peratus.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pengumuman berhubung jumlah kutipan keseluruhan akan dibuat menjelang hujung tahun ini selepas semua data disemak.
"Setakat ini, kutipan kita telah mencapai dan melebihi sasaran berbanding tahun lepas. Biasanya, peningkatan kira-kira tiga hingga lima peratus direkodkan setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas majlis apresiasi media di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak.
Beliau berkata kutipan hasil JPJ juga adalah antara yang tertinggi di negara ini selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Berhubung situasi banjir di beberapa negeri, Aedy Fadly berkata JPJ telah menggerakkan pasukan bencana di seluruh negara untuk membantu mangsa banjir termasuk di negeri yang tidak terlibat secara langsung dengan bencana itu.
"Sebagai contoh, di Perlis, kita telah menggerakkan JPJ Kedah untuk membantu membawa aset seperti lori bagi tujuan menghantar bantuan kepada rakyat yang terjejas. Kita turut membantu pelajar sekolah yang terkandas akibat air naik untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Beliau berkata walaupun JPJ bukanlah agensi utama dalam operasi menyelamat, jabatan itu berperanan sebagai pasukan sokongan kepada agensi berkaitan dalam misi kemanusiaan semasa bencana.
Pada majlis itu, Bernama mendapat sijil penghargaan serta anugerah gambar terbaik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aedy Fadly Ramli
#JPJ
#kutipan hasil
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan