awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Kelantan keluarkan 1,150 notis sejak 17 Mac

Bernama
Bernama
27/03/2025
12:50 MYT
JPJ Kelantan keluarkan 1,150 notis sejak 17 Mac
Mohd Misuari berkata antara kesalahan itu adalah tiada lesen memandu, membawa muatan lebih daripada had yang ditetapkan dan lain-lain lagi. - Gambar fail/Bernama
TANAH MERAH: Sebanyak 1,150 notis termasuk saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan atas pelbagai kesalahan sejak 17 Mac hingga semalam.
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata antara kesalahan itu adalah tiada lesen memandu, membawa muatan lebih daripada had yang ditetapkan dan lain-lain lagi.
"Selain itu, kita juga telah memeriksa sebanyak 117 bas ekspres di depo dan 188 bas ekspres di terminal manakala 67 pemandu bas yang diperiksa oleh Agensi Antidadah Kebangsaan didapati tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri di Stesen Penguatkuasa JPJ Bukit Bunga, di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Kelantan Datuk Abd Rahman Yunus.
Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata menerusi Op Hari Raya (Op HRA) 2025 yang bermula 24 Mac hingga 8 April ini, pihaknya akan memberi tumpuan kepada aliran trafik dan pergerakan lebih dua juta kenderaan yang dijangka memasuki Kelantan untuk pulang beraya.
"Seramai 87 pegawai dan anggota penguat kuasa akan bertugas kerana jadual tugasan telah diagihkan dan tiada cuti pada hari raya pertama dan kedua untuk memastikan aliran trafik terkawal serta berjalan lancar.
"Kesesakan jalan raya dijangka bermula esok berikutan perantau mula pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga," katanya.
Sementara itu, Abd Rahman menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa memastikan kenderaan yang dinaiki berada dalam keadaan baik dan saling bertimbang rasa dengan pengguna lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Hari Raya Aidilfitri
#musim perayaan
#Op HRA 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan