awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ keluarkan 280 saman, tahan 49 warga asing

Bernama
Bernama
21/09/2023
10:58 MYT
JPJ keluarkan 280 saman, tahan 49 warga asing
Erick (kiri) melihat motosikal yang disita JPJ dalam Ops Pewa di Jalan Tasek Tambahan, Ampang, Selangor pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJWPKL) mengeluarkan 280 saman bagi pelbagai kesalahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op Pewa) di sekitar Jalan Tasik Tambahan, Ampang di sini hari ini.
Timbalan Pengarah JPJWPKL Erick Jusiang berkata daripada jumlah itu, 114 saman dikeluarkan kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu, 32 saman bagi kesalahan kenderaan tidak mempunyai perlindungan insurans, manakala 68 kenderaan disita iaitu 64 motosikal, dua kereta dan dua lori.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati kebanyakan kenderaan yang disita ialah milik warga tempatan yang dipandu warga asing.
"Saya menasihatkan kepada warga tempatan supaya tidak menyewa atau membenarkan warga asing memandu kenderaan mereka kerana saman akan dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik serta kenderaan itu disita di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Erick berkata dalam operasi terbabit, 49 warga asing dari Bangladesh, Myanmar, India, Pakistan dan Indonesia turut ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi masa di negara ini.
Katanya, kesemua mereka yang berumur 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata operasi yang bermula kira-kira 9 pagi dan berakhir 2 petang itu disertai 68 anggota JPJWPKL dan 11 anggota Jabatan Imigresen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#Op Pewa
#JPJ
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan