awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ saman 32 pemandu potong barisan di persimpangan lampu isyarat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/01/2022
08:52 MYT
JPJ saman 32 pemandu potong barisan di persimpangan lampu isyarat
Anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan saman ke atas pemandu-pemandu yang memotong barisan di persimpangan lampu isyarat Bulatan Seberang Jaya. - Gambar ihsan JPJ
BUTTERWORTH: Padah memotong barisan di persimpangan lampu isyarat Bulatan Seberang Jaya, Pulau Pinang, sebanyak 32 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang kepada pemandu-pemandu yang melakukan kesalahan tersebut.
JPJ negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, saman terbabit dikeluarkan dalam operasi Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) yang melaksanakan penguatkuasaan kesalahan di bawah Kaedah 5, Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu memotong di sebelah kiri jalan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan kerana banyak pengguna jalan raya didapati gagal mematuhi peraturan lalu lintas tersebut terutama di waktu puncak sehingga menyebabkan laluan di sebelah kiri jalan terganggu dan menjadi sesak.
"Malah tindakan segelintir pemandu yang pentingkan diri sendiri serta sikap tidak sabar di jalan raya menyebabkan kesulitan kepada pengguna jalan raya lain yang boleh mengundang risiko kemalangan sekiranya tidak diambil tindakan penguatkuasaan segera.
"Sepanjang operasi yang diadakan pada sebelah pagi, sebanyak 32 saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan tersebut," kata kenyataan itu.
Sementara itu, pengguna jalan raya juga di nasihatkan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya supaya pemanduan lancar, selamat serta mengelakkan kemalangan dan kesulitan semasa pemanduan.
Dalam perkembangan lain, sebanyak 30 buah bas yang diletakkan di tepi jalan berdekatan sebuah pasar raya besar di Bayan Baru diberikan notis dalam pemeriksaan kelmarin.
Menurut kenyataan itu, Unit Operasi telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam, bas pekerja dan bas persiaran yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan selepas pihaknya menerima aduan awam.
"Tindakan segelintir pemandu yang meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan boleh menyebabkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Sebanyak 30 buah kenderaan telah dikenakan notis mengikut Seksyen 115(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#JPJ
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Unit Penguatkuasaan Bermotosikal
#potong barisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan