awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ sasar rekrut 300 ribu sertai sukarelawan Skuad Muda 1JPJ

Bernama
Bernama
04/08/2013
04:24 MYT
JPJ sasar rekrut 300 ribu sertai sukarelawan Skuad Muda 1JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan untuk merekrut kira-kira 300,000 orang menyertai Skuad Muda 1JPJ menjelang tahun depan.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata menerusi skuad itu, golongan muda yang direkrut akan berperanan sebagai sukarelawan JPJ.
"Selain membantu pegawai penguat kuasa ketika operasi, mereka juga akan menjadi 'mata' JPJ dan melaporkan kepada kita jika ada pengguna jalan raya melakukan kesalahan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan serentak di seluruh negara, di sini malam tadi.
"Kebanyakan mereka ini adalah daripada badan bukan kerajaan serta ahli-ahli kelab permotoran dan persatuan automotif. Mereka hanya membantu kita menyalurkan maklumat tetapi mereka tidak mempuyai kuasa untuk menahan pengguna jalan raya," katanya.
Menurut beliau penubuhan skuad itu juga sebagai kumpulan sokongan kepada JPJ yang kekurangan tenaga kerja bagi memantau lebih 23 juta kenderaan yang didaftarkan di negara ini setakat ini.
Mengenai operasi khas motosikal itu, Ismail berkata setakat 9.30 malam sebanyak 1,305 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di seluruh negara.
JPJ juga menyita 39 motosikal, katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Ismail Ahmad
#JPJ
#rempit
#Skuad Muda 1JPJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan